John Dihani akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah terhadap Shuib. "Dengan ini saya memohon maaf secara terbuka kepada Shuib dengan penuh ikhlas berkaitan perkongsian yang mengundang fitnah ke atas dirinya.
"Disebabkan perkongsian itu juga telah mengundang pengguna lain meninggalkan komen dan tindakan saya mengiyakan komen tersebut," katanya menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, John turut menyatakan kesediaan bersemuka dengan Shuib bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. "Sejujurnya saya menyesali tindakan saya berkongsi hantaran yang saya ambil dari posting orang di Facebook tanpa melihat kesan dan akibat dengan perkongsian yang membuta tuli itu. "Saya harap Abang Shuib sudi terima kedatangan saya berjumpa Abang Shuib untuk membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kekhilafan saya," ujarnya.
Pada Isnin Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.
|
rayna_raynes replied at 5-7-2023 09:54 AM
Hilang dah nama anak bini dia dekat bio IG eh
ADVERTISEMENT