Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan berita seorang bapa dijatuhi hukuman penjara atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan pada tahun lalu. Dalam kes itu, suspek yang juga seorang penganggur turut didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret Muar, Johor dan bakal dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Ia susulan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak berusia tujuh tahun di Taman Beting, Muar, Johor pada 7 Ogos tahun lepas. Bagaimanapun, keputusan mahkamah itu menerima pelbagai reaksi dan kritikan masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa yang rata-ratanya kurang berpuas hati dan menyifatkannya sebagai tidak adil. Hukuman penjara itu dikatakan agak keterlaluan bagi kesalahan merotan anak yang disifatkan sekadar perkara biasa dalam membesarkan anak. Salah seorang warganet dikenali sebagai Zamri Jamaludin berkata, situasi itu saling tidak tumpah seperti ibu bapa yang dijadikan hamba kepada anak-anak sekiranya undang-undang itu masih berterusan.
"Rotan sampai berdarah atau cedera parah ke, kalau setakat rotan untuk kebaikan apa salahnya, kalau tidak makin membiak la anak-anak WeChat, TikTok yang lembik dan mengada. "Akhirnya jadikan orang tua sebagai hamba, masanya akan tiba di mana anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapa mereka," katanya. "Patutlah zaman sekarang anak ramai jadi penjenayah, penagih sebab ibu bapa takut nak hukum anak, peraturan macam ini memang menjatuhkan negara, perosak generasi muda," ujar Abd Rashid. "Susah kalau berterusan undang-undang macam ini, sedangkan di sekolah pun ada cikgu yang berani angkat tangan pukul anak anak kita, ini pula ibu bapa sendiri yang tidak dibenarkan merotan anak, kena hukum penjara," jelas Iskandar Halim. Tidak dinafikan bahawa kes keganasan terhadap golongan kanak-kanak juga kian meruncing kebelakangan ini dengan beberapa isu membabitkan guru pernah berlaku sebelum ini. Selain ibu bapa, guru juga antara individu yang berisiko dihukum jika disabit kesalahan. Memetik laporan sebelum ini, seorang guru dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya atas kesalahan merotan anak muridnya pada 2017. Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar apabila memukul dengan rotan di kaki kiri dan kanan mangsa di sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Justeru, dengan kes terbaharu melibatkan bapa yang dihukum penjara itu, jelas menunjukkan betapa rakyat membantah sekeras-kerasnya undang-undang terbabit. Menggesa agar ada perubahan di masa akan datang, ibu bapa khususnya menuntut keadilan lebih saksama sekiranya kes seperti itu berulang lagi di masa akan datang. Sumber: Majoriti |
syamzana replied at 4-7-2023 05:54 PM
kalau dah jadi kes masuk court semua mesti la ada doktor yg check kan. dah ckp sampai mencederakan b ...
ADVERTISEMENT