View: 895|Reply: 15
|
Peraturan Menjatuhkan Negara, Merotan Anak Pun Kena Penjara!
[Copy link]
|
|
Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan berita seorang bapa dijatuhi hukuman penjara atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan pada tahun lalu.
Dalam kes itu, suspek yang juga seorang penganggur turut didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret Muar, Johor dan bakal dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Ia susulan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak berusia tujuh tahun di Taman Beting, Muar, Johor pada 7 Ogos tahun lepas.
Gambar hiasan
Bagaimanapun, keputusan mahkamah itu menerima pelbagai reaksi dan kritikan masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa yang rata-ratanya kurang berpuas hati dan menyifatkannya sebagai tidak adil.
Hukuman penjara itu dikatakan agak keterlaluan bagi kesalahan merotan anak yang disifatkan sekadar perkara biasa dalam membesarkan anak.
Salah seorang warganet dikenali sebagai Zamri Jamaludin berkata, situasi itu saling tidak tumpah seperti ibu bapa yang dijadikan hamba kepada anak-anak sekiranya undang-undang itu masih berterusan.
"Rotan sampai berdarah atau cedera parah ke, kalau setakat rotan untuk kebaikan apa salahnya, kalau tidak makin membiak la anak-anak WeChat, TikTok yang lembik dan mengada.
"Akhirnya jadikan orang tua sebagai hamba, masanya akan tiba di mana anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapa mereka," katanya.
"atutlah zaman sekarang anak ramai jadi penjenayah, penagih sebab ibu bapa takut nak hukum anak, peraturan macam ini memang menjatuhkan negara, perosak generasi muda," ujar Abd Rashid.
"Susah kalau berterusan undang-undang macam ini, sedangkan di sekolah pun ada cikgu yang berani angkat tangan pukul anak anak kita, ini pula ibu bapa sendiri yang tidak dibenarkan merotan anak, kena hukum penjara," jelas Iskandar Halim.
Tidak dinafikan bahawa kes keganasan terhadap golongan kanak-kanak juga kian meruncing kebelakangan ini dengan beberapa isu membabitkan guru pernah berlaku sebelum ini.
Selain ibu bapa, guru juga antara individu yang berisiko dihukum jika disabit kesalahan.
Memetik laporan sebelum ini, seorang guru dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya atas kesalahan merotan anak muridnya pada 2017.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar apabila memukul dengan rotan di kaki kiri dan kanan mangsa di sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor.
Justeru, dengan kes terbaharu melibatkan bapa yang dihukum penjara itu, jelas menunjukkan betapa rakyat membantah sekeras-kerasnya undang-undang terbabit.
Menggesa agar ada perubahan di masa akan datang, ibu bapa khususnya menuntut keadilan lebih saksama sekiranya kes seperti itu berulang lagi di masa akan datang.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg g report. takkan anak tu report sendiri. tentu ada org besar rasa hukuman tu berlebihan yg repot |
|
|
|
|
|
|
|
Selow-selow nak jadi macam barat atas platform human rights… mula2 tak bagi rotan, lepas tu anak bawah umur boleh saman mak bapak sampai budak belum akhil baligh pun boleh pilih jantina.. kalau jantan boleh pilih jadi betina tapi kos tukar mak bapak kena tanggungla..
Bukanlah nak kata rotan tu boleh, kalau setakat kena 3-4 line berbirat tu biasa la… kalau sampai luka berdarah sampai nak mati tu iyalah tak boleh. Nanti ada yang kata anak masing2 guna teknik psychology boleh dengar… sapa yang ingat tu cara effective universal memang dia sendiri budak baik masa kecik.. aku sendiri masa kecik depan mak ayah meme budak baik.. belakang depa macam setan tapi alhamdulillah dah beso jadi orang. Kalau ko cikgu, taulah ko pe’el budak2 ni.. yg setan kat sekolah, malaikat kat rumah.. sampai bila repot kat mak ayah, cikgu pulak kena tiaw sebab anak dia terluhur sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
rotan sebab nk didik sbb kedegilan atau rotan nk dera/abuse? klau nk didik tu ok la kasi sebat je biar dia insaf... contohnya anak2 yg suka sgt gelek2 kt tiktok dan merempit tu elok la diikat di pokok pelam dan disebat 10 kali guna getah paip hose... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi mcm dekat Sweden ke mana ntah....mak bapak tabligh dari msia kena jail sbb rotan anaknya |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh. korg ingat semua mak bapak dekat dunia ni layak jd mak bapak ke ??? nak tggu anak dia kena dera smpai mati baru chuols boleh terima ke mak bapak dia kena hukuman ??? the fact that parent dia penganggur lepastu pukul anak, iols rs mmg selayaknyalah... mesti jenis rotan tak hingat dunia... laki ziana zain pun kena mcm ni kan sbb rotan ke cili anak iols lupa dah |
|
|
|
|
|
|
|
Baik jadi macam negara barat daripada macam afghanistan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 4-7-2023 05:22 PM
Kan da cakap bapak dia rotan sampai cedera..
Pemahaman fail ke ape diorg ni..
And budak tu baru 7 tahun.. ape lah sgt dosa dia sampai kne pukul sampai cedera..
And didikan mcm ni yg lahirkan pembuli kat sekolah n asrama..
Bapak or abang pukul kat rumah, dia belasah pulak budak lain..
N berapa byk budak separuh mati kne belasah..
Dah nak mampus baru lah pihak berkuasa amik tindakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 manusia mana pernah adil...undang2 Malaysia terbit dr undang2 British... |
|
|
|
|
|
|
|
banyk komen...TAPI xde 1 pung bgtau keadaan budak tu 'KENA' rotan...berbirat ke,berdarah ke..lebam2 ke....... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah jadi kes masuk court semua mesti la ada doktor yg check kan. dah ckp sampai mencederakan bdk tu mesti la teruk.
kalau setakat nak mengajar angkat rotan tu tggi mana pun perlu diambil kira.
ape ke bongokss yg komen smpai anak2 jd penjenayah penagih pelbagai tu.
ingat zaman dulu bdk2 kene pukul tu takde penjenayah ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa laa.. acik bawang Cari.com.. komen based on tajuk jerr ponnggg.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 4-7-2023 05:54 PM
kalau dah jadi kes masuk court semua mesti la ada doktor yg check kan. dah ckp sampai mencederakan b ...
ayat hang terakhir tu..tiber jer aku terbayang,xpm,pmx,tpm...... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia semakin hari semakin menuju ke arah negara Taliban! Nak buat apa-apa pun dah tak boleh dah sekarang ini, nak pakai cincin belah rotan pun tak boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yg jadi penyakau sampai tua tu dulu mesti tak kena rotan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 4-7-2023 06:22 PM
Malaysia semakin hari semakin menuju ke arah negara Taliban! Nak buat apa-apa pun dah tak boleh dah ...
kakak tipu la...sini saiya apa vole..masuk haram,tinggal haram,kerja haram,lg cabul la,rogol la..Malezia vole-Abangla |
|
|
|
|
|
|
| |
|