Kuala Terengganu: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Wan Muhammad Zulmizan Wan Musa, 42 merayu, "Saya tidak tahu sampai bila harus kami berdepan dengan masalah ini dan ia sangat memberi kesan terutama kepada diri sendiri yang sedang sakit.
"Jadi, saya merayu sangat-sangat isu lif ini dapat diselesaikan dengan segera demi keselamatan dan nyawa penghuni." Dia yang kini menghidap penyakit buah pinggang kronik mengakui terkesan dengan situasi yang berlaku dan dikejutkan lif disita. Menurutnya, bukan dia saja yang merungut dengan apa yang terjadi sebaliknya semua yang menggunakan kemudahan lif itu terutama kepada penghuni warga emas dan uzur. "Sekarang ini hanya satu lif saja berfungsi dan sekiranya rosak, penghuni terpaksa menggunakan tangga untuk meneruskan rutin harian masing-masing. "Jika berlaku kerosakan, saya terpaksa terperap dalam rumah kerana pergerakannya bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda untuk bergerak.
"Malah, saya juga beberapa kali terpaksa membatalkan temujanji di hospital apabila berlaku kerosakan lif," katanya yang ditemui di rumahnya di tingkat 14 flat terbabit. Wan Muhammad Zulmizan berkata, pernah lif mengalami kerosakan dan dia membuat tempahan membeli makanan menggunakan perkhidmatan penghantar makanan. Menurutnya, penghantar makanan tidak sanggup naik ke rumahnya di tingkat 14 sekali gus membatalkan tempahan terbabit. "Perkara ini sering berulang kepada saya dan menanggung kerugian biarpun pembayaran atas talian sudah dibuat. "Justeru, saya mohon pihak berwajib dapat menyegerakan masalah yang berlaku demi kemudahan untuk semua penghuni membabitkan tiga flat A, B dan C yang ada di kawasan ini," katanya. Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Sarimah, 56, berkata dia mengalami detik cemas apabila lif bergegar ketika menggunakan lif pada hari raya Aidiladha. Menurutnya, boleh dikatakan setiap hari dia menggunakan lif untuk ke surau menunaikan solat berjemaah dalam kawasan flat ini. "Saya sudah tidak larat untuk menggunakan tangga sebaliknya mahu atau tidak tetap menggunakan lif untuk turun dan naik balik ke rumah," katanya yang tinggal di tingkat lapan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Supersirap replied at 4-7-2023 12:31 PM
Perkara biasa apabila tinggal di kawasan ini, pernah duduk di rumah flat di tingkat 15 dan bayangkan ...
syamzana replied at 4-7-2023 12:35 PM
penghuni tak bayar maintenance bill ke?.
lamanya amik masa nak repair
ultra78 replied at 4-7-2023 12:38 PM
Tunggu next PRU, waktu berkempen barulah baiki.
syamzana replied at 4-7-2023 12:35 PM
penghuni tak bayar maintenance bill ke?.
lamanya amik masa nak repair
wirazam replied at 4-7-2023 01:34 PM
Trengganu byk tanah..knp lar dok suka bust rumah ppr berbelas tingkat?
Patutnya buat rumah setingkat ...
AcikCleaner replied at 4-7-2023 07:45 PM
Mesti byk tunggakan maintenance ni, sebab tu lift rosak pun takde sapa nak dtg repair
B40tastePosh replied at 4-7-2023 08:14 PM
Memang patut rosak sesuai dengan lantai dinding berkeladak kat PPRT tu
ADVERTISEMENT