CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1252|Reply: 29

Penduduk PPR Di Terengganu Dah Tak Larat Nak Panjat Tangga Berpuluh Tingkat, Hanya Satu Lif Berfungsi!

[Copy link]
Post time 4-7-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Wan Muhammad Zulmizan Wan Musa, 42 merayu, "Saya tidak tahu sampai bila harus kami berdepan dengan masalah ini dan ia sangat memberi kesan terutama kepada diri sendiri yang sedang sakit.


"Jadi, saya merayu sangat-sangat isu lif ini dapat diselesaikan dengan segera demi keselamatan dan nyawa penghuni."


Dia yang kini menghidap penyakit buah pinggang kronik mengakui terkesan dengan situasi yang berlaku dan dikejutkan lif disita.




Foto: Harian Metro




Menurutnya, bukan dia saja yang merungut dengan apa yang terjadi sebaliknya semua yang menggunakan kemudahan lif itu terutama kepada penghuni warga emas dan uzur.


"Sekarang ini hanya satu lif saja berfungsi dan sekiranya rosak, penghuni terpaksa menggunakan tangga untuk meneruskan rutin harian masing-masing.


"Jika berlaku kerosakan, saya terpaksa terperap dalam rumah kerana pergerakannya bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda untuk bergerak.


"Malah, saya juga beberapa kali terpaksa membatalkan temujanji di hospital apabila berlaku kerosakan lif," katanya yang ditemui di rumahnya di tingkat 14 flat terbabit.


Wan Muhammad Zulmizan berkata, pernah lif mengalami kerosakan dan dia membuat tempahan membeli makanan menggunakan perkhidmatan penghantar makanan.


Menurutnya, penghantar makanan tidak sanggup naik ke rumahnya di tingkat 14 sekali gus membatalkan tempahan terbabit.


"erkara ini sering berulang kepada saya dan menanggung kerugian biarpun pembayaran atas talian sudah dibuat.


"Justeru, saya mohon pihak berwajib dapat menyegerakan masalah yang berlaku demi kemudahan untuk semua penghuni membabitkan tiga flat A, B dan C yang ada di kawasan ini," katanya.


Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Sarimah, 56, berkata dia mengalami detik cemas apabila lif bergegar ketika menggunakan lif pada hari raya Aidiladha.


Menurutnya, boleh dikatakan setiap hari dia menggunakan lif untuk ke surau menunaikan solat berjemaah dalam kawasan flat ini.


"Saya sudah tidak larat untuk menggunakan tangga sebaliknya mahu atau tidak tetap menggunakan lif untuk turun dan naik balik ke rumah," katanya yang tinggal di tingkat lapan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 12:31 PM | Show all posts
Perkara biasa apabila tinggal di kawasan ini, pernah duduk di rumah flat di tingkat 15 dan bayangkan lift semua rosak dan mengambil tempoh 3 tahun untuk dibaiki
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 4-7-2023 12:31 PM
Perkara biasa apabila tinggal di kawasan ini, pernah duduk di rumah flat di tingkat 15 dan bayangkan ...

penghuni tak bayar maintenance bill ke?.
lamanya amik masa nak repair
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 4-7-2023 12:35 PM
penghuni tak bayar maintenance bill ke?.
lamanya amik masa nak repair

Tunggu next PRU, waktu berkempen barulah baiki.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg i dengar, penduduk x bayar maintenance sampai beratus ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:59 PM | Show all posts
cek dulu diri dah setelkan hutang tertunggak ke blm. kalau dah setel semua layak buat aduan kt MO n MO la kena mainkan peranan do something. utamakan org yg dah bayar sewa, maintenance semua dulu. tp ntah laa dok ppr kan. semua serba serbi nak buat org kata x mampu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
X bayar sewa + maintenance mcmana nak bayar service lif tu. Baik tayang je nama² yg degil x nak bayar tu biar malu. Susahkan org lain yg byr on time.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Trengganu byk tanah..knp lar dok suka bust rumah ppr berbelas tingkat?
Patutnya buat rumah setingkat 4 bilik cukup..Dan ada tanah sikit kat belakang dan depan..Dan jgn lupa buat undang undang xleh nak ubahsuai rumah depan belakang...depan buat porch standard je..tanah belakang hanya boleh tanam pokok Bunga, pokok renek, sayur ja..
Tak boleh nak ikut peraturan..sila berambus Dari Taman perumahan PPR ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 01:52 PM | Show all posts
MAybe lift2 di setiap PPRT ni di buat anak angkat oleh jutawan2 kosmetik yg asal Trengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Br iols tau ganu ada pprt.. mcm xperasan ada belah mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 04:29 PM | Show all posts
macam tak pernah nampak pulak ganu ada ppr, tapi kalau tak bayar sewa  & maintenance, mmg gitulah dapatnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apartment dkt cheras yg tggi namati tu mgkin lg 10-15thn begini la nasib. I pernah duduk apartment dkt KL, apartment bkn flat, lift ada 3, setiap thn mesti akn rosak & tggal 1 lif je. Kena panjat tgkat 20. Lama2 jd biasa guna tgga. Muda2 ok la. Kesian yg tua sakit n preggy. Cuma ppr gini selalunya rosak sbb xbyr maintenance
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 07:42 PM | Show all posts
halah2 bayarlah bil maintenance
baru boleh bising rosak itu ini tak baiki
ini bil murah puluh ringgit sebulan pun tak mau bayar
bukan tak mampu
lebih kepada tak mahu
mentaliti nk free semua benda kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti byk tunggakan maintenance ni, sebab tu lift rosak pun takde sapa nak dtg repair
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 4-7-2023 12:38 PM
Tunggu next PRU, waktu berkempen barulah baiki.

Ni boleh dah buat modalnni, nak PRN dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 4-7-2023 12:35 PM
penghuni tak bayar maintenance bill ke?.
lamanya amik masa nak repair


ini ialah rumah ppr pertama kot di pantai timur..diorang tak biasa duduk rumah tinggi tinggi ni

dan diorang tak biasa bayar maintenance..konsep yg sangat asing

ada satu rumah ppr di kelantan baru diduduki..rasanya dlm 5 tahun lg bleh tgok situ pula rosak lif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 4-7-2023 01:34 PM
Trengganu byk tanah..knp lar dok suka bust rumah ppr berbelas tingkat?
Patutnya buat rumah setingkat ...

ini ialah projek zaman deris jusoh dulu..bila bn menang di terengganu pada tahun 2004....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantai dinding luar lif tu berkeladak...macam tak buat gotong royong berus lantai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
AcikCleaner replied at 4-7-2023 07:45 PM
Mesti byk tunggakan maintenance ni, sebab tu lift rosak pun takde sapa nak dtg repair

Memang patut rosak sesuai dengan lantai dinding berkeladak kat PPRT tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 4-7-2023 08:14 PM
Memang patut rosak sesuai dengan lantai dinding berkeladak kat PPRT tu

Penduduk situ memang jenis malas kot, tak penah buat gotong royong nk cantikkn blok..tempat aku flat² sini semua kemas siap ada kebun kecik lagi penduduk tanam petang² sambil membawang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.315275 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list