Seorang wanita mendedahkan dia mengambil masa selama 27 jam di atas jalan raya menuju ke kampung halaman suaminya di Kelantan bagi menyambut Aidiladha baru-baru ini. Menurutnya dia bertolak dari kediamannya kira-kira pukul 11 malam pada Selasa lalu dan tiba di Kelantan pada pukul 2 pagi Khamis.
“Macam manalah orang Kelantan tabah dalam menghadap semua ini? “Alhamdulillah sampai rumah mertua setelah 27 jam dalam kereta,” katanya. Di ruangan komen rata-rata pengguna yang juga dipercayai berasal dari negeri Kelantan turut berkongsi pengalaman mereka menghabiskan masa berjam-jam di atas jalan raya setiap kali pulang ke kampung ketika musim perayaan. “Saya pun balik Kelantan dari Seri Kembangan ke Gua Musang 19 jam. Suami saya orang Kelantan. Dia cakap nak balik Kelantan jiwa kena kental,” kata Mazhana. “Aku balik Tanah Merah 15 jam, nasib ayah aku ikut Waze kalau tak sangkut jem tak gerak,” kata Meow.
“Hebat. Aku duduk Pahang balik ikut Negeri Sembilan. Tak sanggup hadap jem macam ini,” kata Siti Zubaidah. “Kita balik Kelantan 23 jam. Dengah kereta rosaklah, minyak habislah,” keluh Yaya. Selain itu, dalam hantaran berbeza di TikTok wanita itu, dia kemudian singgah di Lata Berangin, Kuala Krai untuk beriadah bersama keluarga selepas penat menghadap jalan sesak. – CARI Sumber: Kosmo
|
harkktuih replied at 4-7-2023 01:01 PM
balik selasa, smp khamis? hasanah? adik iols gerak dr shah alam rabu malam, khamis pagi smp pengkala ...
asudau replied at 4-7-2023 04:47 AM
entahlah, aku tak minat bersesak-sesak dijalan raya...
ADVERTISEMENT