CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4196|Reply: 89

Punyalah Sesak! Bertolak Selasa, Sampai Khamis- Jiwa Kental Balik Kelantan, 27 Jam Atas Jalan Raya

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mendedahkan dia mengambil masa selama 27 jam di atas jalan raya menuju ke kampung halaman suaminya di Kelantan bagi menyambut Aidiladha baru-baru ini.


Menurutnya dia bertolak dari kediamannya kira-kira pukul 11 malam pada Selasa lalu dan tiba di Kelantan pada pukul 2 pagi Khamis.


“Macam manalah orang Kelantan tabah dalam menghadap semua ini?


“Alhamdulillah sampai rumah mertua setelah 27 jam dalam kereta,” katanya.








Di ruangan komen rata-rata pengguna yang juga dipercayai berasal dari negeri Kelantan turut berkongsi pengalaman mereka menghabiskan masa berjam-jam di atas jalan raya setiap kali pulang ke kampung ketika musim perayaan.


“Saya pun balik Kelantan dari Seri Kembangan ke Gua Musang 19 jam. Suami saya orang Kelantan. Dia cakap nak balik Kelantan jiwa kena kental,” kata Mazhana.


“Aku balik Tanah Merah 15 jam, nasib ayah aku ikut Waze kalau tak sangkut jem tak gerak,” kata Meow.


“Hebat. Aku duduk Pahang balik ikut Negeri Sembilan. Tak sanggup hadap jem macam ini,” kata Siti Zubaidah.


“Kita balik Kelantan 23 jam. Dengah kereta rosaklah, minyak habislah,” keluh Yaya.


Selain itu, dalam hantaran berbeza di TikTok wanita itu, dia kemudian singgah di Lata Berangin, Kuala Krai untuk beriadah bersama keluarga selepas penat menghadap jalan sesak. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 12:02 PM | Show all posts
bertabahlah..biasa bagi mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr zmn pkp dh xblk kelantan time raya.
Sammmmpaii raya haji br ni pn xblk.
BEST GILER

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
TMB kata kalau bina highway pun pakai sekali setahun aje.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:47 PM | Show all posts
entahlah, aku tak minat bersesak-sesak dijalan raya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:54 PM | Show all posts
haku rasa 12j tu dah cukp lama mengadap jem..

bertabahlah yg sampai 20j++ tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2023 12:57 PM | Show all posts
klu aku org sana mmg akan bali awal. takde nak bersesak malam raya ke, sehari sblm raya ke baru nak balik. sbb dah boleh agak mmg kaw2 jem
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:58 PM | Show all posts
itulah harga yg harus dibayar utk kelik kg.
sama lah org2 yg merantau dr borneo sana, tiket flight yg mahal walaupun tak jem....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Blk negeri lain pun sama. Ms perjalanan tu jd dabel drp biasa. Pengurusan jalan raya kita Masih terkebelakang. + Mindset driver msia yg mcm buduh. Kalo trafik diurus dgn bijak masalah jamed blh diatasi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:59 PM | Show all posts
Masalah yang sama berpuluh2 tahun. Tak ada rasa nak perbaiki keadaan. Sepatutnya lama dah bina highway. Buat jalan alternatif ke. Dulu tak pe la..kenderaan tak banyak mcm sekarang ni. Zaman dah berubah. Tapi negeri Kelantan tetap mcm tu. Jauh ketinggalan dari segi facilities.
Sebab tu iols redah guna LPT daripada terpaksa kena jem lalu ikut grik ni. Seksa duduk dalam kereta tak bergerak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 01:01 PM | Show all posts
balik selasa, smp khamis? hasanah? adik iols gerak dr shah alam rabu malam, khamis pagi smp pengkalan chepa..13 jam drive jerr
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 4-7-2023 01:01 PM
balik selasa, smp khamis? hasanah? adik iols gerak dr shah alam rabu malam, khamis pagi smp pengkala ...

Wartawan pun ambik ceduk je?
Harap kerajaan negeri sedialan lebih byk jawatan kosong dan peluang kerja di vlantan so that takde lagi kes balik raya terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalu Thailand la
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bod*h,tu je nk cakap…
jgn kecam aku….hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah pentingnya kereta terbang
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
@sekngucing suka letteww sambut raya haji yang sendu itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cer semua naik bas,ketapi..xde la nak,meroyan bagai.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 04:31 PM | Show all posts
Best ke kelik kelate beraya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 04:33 PM | Show all posts
orang pantai timur balik kg, orang negeri lain plak yang kepanasan... prfftt~~!!!
Highway utara selatan Perthlis - Kedah - Perak jem takde plak bising. kan musim raya, musim cuti. memang la ada peningkatan aliran traffic. akhir kalam, bertabah je lah mengharungi jem

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 04:51 PM | Show all posts
asudau replied at 4-7-2023 04:47 AM
entahlah, aku tak minat bersesak-sesak dijalan raya...

Tulah, ada orang rasa seronok kot berpuluh jam kat jalanraya.
Dah berpuluh tahun tak de sapa peduli nak baiki keadaan.

Katanya jem setahun sekali je apadehal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070921 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list