CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Meninggal Sakit Jantung, Ibu Tunggal Merana Nak Sara Lima Anak- Pendapatan RM200 Sebulan, Anak Sulung Terpaksa Berhenti Sekolah

4-7-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 969| Komen: 19

MANJUNG – Seorang ibu tunggal di sini bergantung harap kepada pendapatan kira-kira RM200 sebulan dan sedikit bantuan kewangan daripada pihak berwajib.

Kehidupannya sukar untuk menyara lima anaknya termasuk bayi yang baru dilahirkan bulan lalu.


Fadzilah Roshani, 38, berkata, dia terpaksa membesarkan anak-anaknya seorang diri setelah suaminya, Abdullah Mat, 53, meninggal dunia pada 14 November tahun lalu kerana masalah jantung ketika usia kandu­ngannya lima bulan.


Foto: Kosmo

“Sebelum ini, kami mencari rezeki dengan menawarkan khidmat memotong rumput.

“Setelah suami meninggal dunia, tanggungjawab itu terletak di bahu saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Manjung di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Noor Fadzilah berkata, dia masih lagi meneruskan perkhidmatan memotong rumput, namun berdepan keka­ngan untuk me­lakukannya sendiri.


Katanya, kerja itu diberikan kepada orang lain dan dia dibayar komisen antara RM10 hingga RM30 bagi setiap pelanggan.

“Dalam sebulan, saya memperoleh komisen antara RM150 hingga RM200.

“Selain itu, kami sekeluarga turut bergantung kepada bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk barangan bayi, jumlah itu tidak mencukupi,” kata­nya.

Dalam pada itu, dia berkata, sejak arwah suaminya mula berdepan masalah kesihatan sekitar 2020, anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah di­sebabkan masalah kewangan.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh meng­hubungi Fadzilah di talian 014-348 9141 atau menyumbang ke akaun Maybank iaitu 158293545814. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 4-7-2023 11:42 AM
..dalam pada hidup mengais dan masalah kesihatan.... tetap jugak memilih untuk tidak merancang keluarga.
Benda halal katanya.
Quote ezacbee 4-7-2023 11:46 AM
Cian anak2 bukan kat mak..

Quote pokokmeranti 4-7-2023 11:50 AM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 11:42 AM
..dalam pada hidup mengais dan masalah kesihatan.... tetap jugak memilih untuk tidak merancang kelua ...

1. Pancut dalam kesedapan dan kepuasan bagi suami/isteri.
2. Kondom bagi org kampung umpama 'makruh' siapalah 'kita' nak tolak 'rezeki' Allah.



Quote shida81 4-7-2023 11:54 AM
Edited by shida81 at 4-7-2023 11:56 AM

Bende da jd.. Ak mls nk cakap
Tp ank yg kn betenti tu.. Cg x dtg jenguk ke or tlg2 dptkan apa2 bantuan.. Ketua kg x yh ckp la.. Ntah kenal ntah tdak org2 ssh kt tempat dia...
Quote shida81 4-7-2023 11:54 AM
Duplicate post
Quote afie_m 4-7-2023 11:58 AM
kesian anak2, harap dipermudahkan urusan family ni.
Quote fair_iza 4-7-2023 11:59 AM
Dalam pada itu, dia berkata, sejak arwah suaminya mula berdepan masalah kesihatan sekitar 2020, anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah di­sebabkan masalah kewangan.

Mula2 nk simpati...terus cancel bila bc perenggan atas. Dah tahu sakit buat anak lg. Knp kefakiran tu ingin diwariskan kpd anak2?
Quote plywood 4-7-2023 12:01 PM
mcm manalah besarkan anak-anak dengan makanan berkhasiat klu mcm tu. makanan berkhasiat ni ada pengaruh besar dengan perkembangan pelajaran seorang anak
Quote Themilo 4-7-2023 12:04 PM
kesian tengok budak-budak tu.

weols selalu berhajat nak ambik anak angkat sorang. hmmm
Quote Thunderclouds 4-7-2023 12:12 PM
Edited by Thunderclouds at 4-7-2023 12:19 PM

Kalo rasa xmampu seeloknya hantar ke welfare je la.
Walau xsanggup berpisah,tp kurang² kebajikan + pendidikan ank² terjaga.
Boleh ja jenguk² bila rindu.
Harap org ramai nk bantu x sustainable utk long term.
Quote sayurmayur88 4-7-2023 01:11 PM
Edited by sayurmayur88 at 4-7-2023 01:13 PM

kesian tgk kt akak ni,lebih kesian kt anak2 dia.
apalah perasaan budak2 tu, dahlah jadi yatim, hidup susah lagi.
semoga Allah memberi kemudahan buat mereka dan diberikan kekuatan.
syukurlah ada no hp dan no akaun akak tu. blh la menyumbang sikit2.
Quote talapia 4-7-2023 01:31 PM
kesiannya la hai.. memula baca tajuk.. ingatkan masa arwah suaminya ada.. kehidupan dorang ok..  bila arwah meninggal barula susah..

tapi bila kata dorang ambil upah potong rumput je sebelum ni.. alahai.. sebelum lahir anak kelima pon.. dengan pendapatan potong rumput sara anak 4 pon dah sakit.. ini pulak dalam berpenyakit sempat lagi menambah anak.

Bininya pun muda lagi .. belum 40 tahun.. masih kuat bekerja.. carila keje lain... takkanla awak pon nak keje potong rumput.. paling tidak.. jaga anak orang ke... buat nasi lemak hantar kat kedai2 ke.. apa2 la yang lebih praktikal.

Anak yg sekolah tu.. biasanya dapat bantuan RMT.. kurang2 makan kt sekolah dah ada support... yuran2 pon biasanya sekolah ada bantuan dari PIBG kalau keluarga mcm ni.. takyah la berhenti.. lagila apa nak jadi nasib anak tu nanti..
Quote sufi^_^ 4-7-2023 01:39 PM
Jap, kenapa golongan pengamal poligami tak berkempen kawen dengan balu2 hidup susah macam ni eh? Bela anak2 yatim?

Barulah menghidupkan sunnah.
Quote sufi^_^ 4-7-2023 01:41 PM
talapia replied at 4-7-2023 05:31 AM
kesiannya la hai.. memula baca tajuk.. ingatkan masa arwah suaminya ada.. kehidupan dorang ok..  bil ...

Kerja cleaner pun ok.
Cuma ada baby tu, nanti kena kira juga kos pengasuh untuk baby.

Aku nak berkata juga walaupun pahit: dah susah dengan laki sakit mengapa nak ada baby lagi?
Quote Mamason 4-7-2023 02:04 PM
Kesian tgk anak2... semoga dipermudahkan urusan keluarga ni.  Anak2 jgn dibiar xsekolah.  Kesian nanti masa depan xtau mcm mana... usahakanlah utk budak tu sek jugak.  Mak muda lagi.. baru 38.  Moga ada jalan keluar utk masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga ni.
Quote gekkou 4-7-2023 02:26 PM
anak tak sekolah
sbb miskin?
sekolah boleh je dapatkan bantuan
kena jujur bagi tau pihak sekolah
tidak kejam pun cikgu2 sekolah tu
Quote spankee_fili 4-7-2023 07:58 PM
Mana datuk, pakcik, wali2 budak ni? Jangan lepas tangan noks
Quote rosedemon 5-7-2023 09:12 AM
tula masa somi hidup xnk amek insuran
Quote Minami2013 5-7-2023 09:15 AM
Moga dipermudahkan urusan.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053602 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top