Dr Say Shazril mendedahkan pengalamannya melalui detik cemas apabila diganggu wanita berbangsa Filipina ketika berada di negara tersebut. Menerusi perkongsiannya di Insta Story, wanita tersebut mengejarnya ketika sedang berjalan sendirian di pasar raya.
Bimbang dengan keadaan itu, Dr Say terpaksa lari dan masuk ke kawasan yang diterangi cahaya lebih cerah. "Kisahnya saya diganggu seorang wanita di sini. Video ni pun saya buat lepas saya diganggu olehnya yang saya lari masuk Starbucks dengan harapan nak hilangkan dia. "Sekali bila saya keluar Starbucks, tu berlari dia kejar saya. Lepas itu saya lari masuk kawasan cerah, ‘keberaniannya’ dahsyat," katanya. Katanya, wanita tersebut bertanyakan hotel tempat dia menginap dan dengan berani mengajaknya untuk bermalam bersama. "Terus tanya saya duduk hotel mana, duduk seorang ke, jomlah bermalam bersama. Sebelum itu siap sandar kepala dekat bahu. Lepas dah masuk kawasan cerah ni Alhamdulillah dia dah tak ada.
|
ADVERTISEMENT