Pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib enggan berdiam diri lagi apabila 'dipijak' di media sosial dan kini menjejaki seorang lagi pengguna media sosial yang membuat hantaran jelik dan fitnah terhadap dirinya.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan namun komen dan mesej yang ditinggalkan tidak dijawab. Pelawak itu turut bertegas agar individu berkenaan segera tampil sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya. Shuib berkongsi mengenai perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Isnin. Individu berkenaan menimbulkan kemarahan Shuib apabila membalas salah satu komen ditinggalkan pengguna media sosial lain dengan melahirkan rasa kasihan terhadap Siti Sarah yang didakwa menjadi mangsa. Sebelum ini, Shuib ada berkongsi paparan pengguna media sosial yang bercakap buruk tentang dirinya termasuk mengaitkan kematian isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebagai satu perkara dirancang dan ada kaitan dengan sebuah organisasi F dipercayai Freemason. Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin. Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sudah pun menghubungi individu tersebut dan akan bersemuka dengannya dalam satu pertemuan pada Selasa (esok). Shuib turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mudah menuduh sekaligus menyebar fitnah tentang dirinya. "Selama ini saya banyak berdiam diri di sosial media, namun saya dihentam dan diperli. Saya sendiri tertanya apa salah saya kepada anda semua. "Memang sedih sebab saya tak kacau atau buat apa-apa pun. Kalau saya ada buat salah saya minta maaf," ujarnya. Sumber: mStar
|
asfaz replied at 4-7-2023 01:18 AM
Suka hati aje petik nama jep..
Soib sefamily Tu tak caya covid pun.
Carcosa replied at 3-7-2023 04:13 PM
Freemason flip hair jah bila tgk si pendek muka totok berminyak ni. Tak koser diorang nk accept ahli ...
ADVERTISEMENT