Kuala Lumpur: Bermula esok, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) akan berkuat kuasa. Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Jun yang disiarkan Jabatan Peguam Negara, tarikh berkuat kuasa akta berkenaan ditetapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), Menteri menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh Akta itu mula berkuat kuasa," menurut warta itu. Pada 3 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang antara lain bertujuan memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan. Melalui undang-undang itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.
Sumber: Bernama
|
dani-rox replied at 3-7-2023 10:14 PM
Takda ke rancangan utk mengembalikan sistem juri? Dlm porem nih ramai acik2 hati kering
dani-rox replied at 3-7-2023 10:14 PM
Takda ke rancangan utk mengembalikan sistem juri? Dlm porem nih ramai acik2 hati kering
Belibis replied at 3-7-2023 10:19 PM
So..boleh la edar heroin pakai kontena..kalau kantoi pun,makan tanggung jee.
dani-rox: Takda ke rancangan utk mengemb ...
Belibis replied at 3-7-2023 10:19 PM
So..boleh la edar heroin pakai kontena..kalau kantoi pun,makan tanggung jee.
dani-rox replied at 3-7-2023 10:28 PM
Ikut pemahaman ai... Masih ada hukuman mati tp ikut budi bicara mahkamah, sama ada nak bg gantung ...
ADVERTISEMENT