CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 17

Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Berkuat Kuasa Esok

[Copy link]
Post time 3-7-2023 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bermula esok, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) akan berkuat kuasa.


Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Jun yang disiarkan Jabatan Peguam Negara, tarikh berkuat kuasa akta berkenaan ditetapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.






"ada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), Menteri menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh Akta itu mula berkuat kuasa," menurut warta itu.


Pada 3 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang antara lain bertujuan memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan.


Melalui undang-undang itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 10:14 PM | Show all posts
Takda ke rancangan utk mengembalikan sistem juri? Dlm porem nih ramai acik2 hati kering
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-7-2023 10:14 PM
Takda ke rancangan utk mengembalikan sistem juri? Dlm porem nih ramai acik2 hati kering

Teringat novel2 John Grisham.


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-7-2023 10:14 PM
Takda ke rancangan utk mengembalikan sistem juri? Dlm porem nih ramai acik2 hati kering

So..boleh la edar heroin pakai kontena..kalau kantoi pun,makan tanggung jee.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian sapa yg dah digantung bln lepas ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:28 PM | Show all posts
Belibis replied at 3-7-2023 10:19 PM
So..boleh la edar heroin pakai kontena..kalau kantoi pun,makan tanggung jee.

Ikut pemahaman ai... Masih ada hukuman mati tp ikut budi bicara mahkamah, sama ada nak bg gantung atau bg hukuman penjara antara 30-40thn plus sebatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
syok la taikun2 besar dan existing criminals... mcm2 jenayah berat bole buat...klau kena cekup pun takkan ke tali gantung dh...siap ada lawyer yg akan backup untuk kurangkan sentence...konar sana konar sini last2 lepas wlaupun kes bunuh orang...lpas tu commit crime lg dan ulang smpai abg jamil mampos...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn bertambah lah jenayah dan beban kewangan nk tanggung mereka di penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 07:30 AM | Show all posts
makin penuh le penjara pas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox: Takda ke rancangan utk mengemb ...

Takut juri terpengaruh sebab banyak sangat baca forum. Hilang pertimbangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:08 AM | Show all posts
penjara makin penuh dgn banduan..kos meningkat..kalau dh mati kan senang..makin sikit org jahat dan kejam kat dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:18 AM | Show all posts
Belibis replied at 3-7-2023 10:19 PM
So..boleh la edar heroin pakai kontena..kalau kantoi pun,makan tanggung jee.

"Melalui undang-undang itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali."




depends jgk
rsnya klu edar dadah bertan2 xkn nk penjara je kan
dgn serial/sadistic killer








Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:51 AM | Show all posts
dani-rox replied at 3-7-2023 10:28 PM
Ikut pemahaman ai... Masih ada hukuman mati tp ikut budi bicara mahkamah, sama ada nak bg gantung  ...

Betul.. Termasuk khianat (harta benda, ternakan macam kambing, lembu dan kerbau) dengan api sama ada membabitkan nyawa/kecederaan ataupun sebaliknya..

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 09:06 AM | Show all posts
hrpnya mahkamah bijak guna budi bicara utk jatuhkan hukuman mati ni kt penjenayah2 kejam/berat. x guna simpan penjenayah camtu, buat berat beban kewangan je sdgkan the money is better spent on benda2 lain yg berfaedah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Menghabiskan duit negara je diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut keadaan kan..ada lg hukuman mati tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 09:29 AM | Show all posts
BOLEH LA LEPAS NI MEMBUNUH DGN SESUKA HATI...

YAK..YAK...YEA....
YAK..YAK...YEA....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 09:31 AM | Show all posts
baca bagi habis dik...hukuman mati masih ada, ikut budi bicara hakim & ikut kes.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079870 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list