CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Semuka Penyebar Fitnah Freemason Esok

3-7-2023 09:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 979| Komen: 7

Tidak sampai 24 jam, Shuib mendedahkan telah mengesan dan bakal bersemuka dengan individu yang menabur fitnah mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan organisasi Freemason, esok.


Katanya, segala perincian berkenaan perjumpaan yang turut disertai peguamnya serta tindakan susulan hanya dapat didedahkan selepas itu.


“Ya, saya sudah dapat mengesan serta bercakap dengan lelaki terbabit dan kami akan bersemuka esok.

“Buat masa ini itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Tunggu esok,” katanya kepada Kosmo! Online.

Awal pagi tadi pelakon, pelawak dan penyampai radio berusia 39 tahun itu berang dengan tuduhan melampau seorang individu di laman sosial.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad menegaskan mahu mencari individu terbabit sampai ke lubang cacing demi mendapatkan keadilan.

Malah dia memaklumkan akan menggunakan saluran undang-undang terhadap penfitnah yang menuduh Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19.



Dalam tulisan itu, individu tersebut turut mendakwa Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.

Petang tadi bapa kepada empat cahaya mata itu turut mendedahkan satu lagi akaun yang turut menyebarkan tuduhan serupa kononnya pemergian arwah mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut.

Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Pada 23 Jun lalu, Shuib menamatkan zaman duda sebaik menikahi ahli perniagaan, Watie Hanifiah, 35.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 3-7-2023 09:46 PM
Bosannya tiap2 ari ada benang pasal si shuib ni
Quote rayna_raynes 3-7-2023 09:51 PM
Kalau benang ni I setuju je dibukak. Skrg memang ramai netizen bercakap ikut sedap mulut. Kadang2 yang bercakap tu entah datang dari ceruk mana, miskin tapi sembang macam terpaling pandai terpaling kaya mampu bayar legal fees
Quote Aneem 3-7-2023 09:54 PM
Kompom dia buat live
Quote Shamilia79 3-7-2023 10:07 PM
Melampau sgt la fitnah org yg dah meninggal dunia.. Arwah dah tiada utk mempertahankan dirinya. Tak habis2 dengan freemason... Geng2 pentaksub dan pembenci tegar vaksin ayat2 kat insta pun macam org gila isim je.. Saman je Shuib! Melampau sgt tuduhan tu!
Quote Purplehaz 3-7-2023 11:46 PM
Jgn lah guna asbab kematian org utk bercerita sebarkan hal.. utk kepuasan sendiri yg x berfaedah langsung.

So kalau bersemuka nak buat apa...atau nak serah surat saman ker.
Quote katak hijau 3-7-2023 11:56 PM
Golongan antivaks ni acah2 terpaling bijak drpd doktor.  Penat2 org belajar berbelas berpuluh tahun, yang post seketul dekat fb jugak yg diorang percaya. Lepastu mula lah cerita pasal agama pasal bangsa
Quote Carcosa 4-7-2023 12:21 AM
Mesti jumpa nanti, mamat tu mintak maaf, salam, then settle, ambik gambar, post IG, done.
Yihhhh, buhsaaaannnn. Pusing2 gitu, Pusing2 gitu.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.029334 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top