Oleh Izzah Abbasy
Lelaki buncit dikatakan sinonim dengan sifat penyayang dan setianya. Betul ke? Ha, nak tahu betul atau tak, mengikut Majalah Forbes, Malaysia berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai masakan paling sedap di dunia. Malaysia berada di belakang dua negara Asia Tenggara iaitu Singapura dan Thailand. Jadi, tidak hairanlah semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau perut buncit ini.
10. Satay = 185kalori (5 cucuk Satay)
Angka kalori diatas nampak kecil. Jadi apa yang perlu dibimbangkan? Untuk 10 cucuk Satay, anda telah mengambil 1/3 dari jumlah lemak yang dibenarkan setiap hari. Kebiasaannya anda juga akan memakan Satay bersama makanan lain seperti nasi impit, rendang ayam, lontong dan sebagainya. Jadi bayangkan berapa banyak kalori yang anda ambil apabila anda memakan Satay. 9. Cendol = 386kalori Cendol adalah salah satu masakan asli Malaysia. Antara cendol kegemaran kami adalah cendol pulut Wahab Wangsa Maju. Tetapi tahukah anda, semangkuk cendol bersamaan 9 sudu gula. Cendol mengandungi kandungan Glycaemic Index (GI) yang tinggi yang memberi anda tenaga segara dan menyebabkan anda cepat lapar. 8. Bihun Goreng = 427kalori Jika anda pergi ke rumah terbuka, masakan yang selalu anda jumpa adalah Bihun. Masakan ini paling senang disediakan oleh golongan pekerja seperti kami yang tidak punya banyak masa dan bajet. Satu hidangan yang diambil melebihi jumlah kolesterol untuk setiap individu iaitu 300mg dan mempunyai jumlah MSG yang tinggi yang menyebabkan dahaga. Jadi semasa anda memakan masakan ini, pastikan anda meminum air kosong. 7. Kek Karrot Goreng = 493kalori Jika difikirkan, hidangan ini adalah menyihatkan kerana terdapat sayuran di dalamnya. Sebaliknya, terdapat banyak lemak (35g) kerana kebiasaannya masakan ini digoreng dengan minyak haiwan. Kandungan gulanya juga tinggi dari campuran kicap manis. 6. Mee Goreng = 500kalori Ini antara makanan yang merbahaya kerana mempunyai jumlah garam melebihi kandungan yang ditetapkan untuk orang dewasa. Mungkin boleh menyebabkan anda mengalami hipertensi. 5. Laksa = 591kalori Kandungan santan yang tinggi memberi rasa yang sangat enak dan berlemak. Tetapi santan ini mengandungi lemak tepu didalam yang boleh menyebabkan sakit jantung. Antara restoran laksa yang popular adalah terletak di Kedah. Jika kami ke Alor Setar, mesti kami akan singgah ke Zakaria Laksa di Teluk Kechai. 4. Nasi Ayam = 607kalori Kandungan lemak di dalam hidangan ini adalah 23g iaitu separuh dari kandungan lemak untuk keperluan individu, bergantung kepada jantina. Lemak didalam makanan mengambil masa sehingga 4 jam untuk dicernakan. Jadi selepas anda memakan nasi ayam, pastikan anda tidur selepas 4 jam anda memakannya untuk mengelakkan masalah perut buncit. Nasi ayam yang paling kami gemari adalah Nasi Ayam Mesh Datuk Keramat. 3. Nasi Lemak = 657kalori Antara restoren kegemaran kami menjamu nasi lemak adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Selalunya kami akan pergi ke restoren ini pada lewat malam setelah penat berjalan-jalan di Downtown berdekatan. Hidangan ini pernah menjadi kontroversi dan diharamkan untuk dijual di kantin-kantin sekolah seluruh Malaysia. Selain menyebabkan kanak-kanak mengantuk di dalam bilik darjah, sebab utama adalah kerana kandungan santan di dalamnya yang menyumbang 25g lemak melebihi keperluan individu dewasa. Bayangkan jika kanak-kanak yang memakannya. 2. Mee Siam = 694kalori Mee siam mengandungi jumlah karbohidrat dan sodium yang tinggi. Sodium untuk satu hidangan adalah 2659mg iaitu bersamaan 1 setengah hari kandungan yang ditetapkan. Lain kali jika anda memasak mee siam, pastikan anda kurangkan jumlah Aji-nomoto yang campurkan. 1. Char Kway Teow = 744kalori Mengandungi 38g lemak – iaitu 70% lemak tepu dan kolesterol. Kebanyakkan kandungan kalori ini terdapat dari campuran kicap, daging dan udang. Ia juga mempunyai kandungan sodium yang banyak iaitu 1459mg. Antara restoran Char Khay Teow yang kami gemari adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Untuk menu Char Kway Teow special, anda akan dapat 5 ekor udang. Cubalah datang sekali (jangan risau artikel ini tidak ditaja oleh Mali’s Corner)
|
10
Bagus |
5
Marah |
18
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sukacactus replied at 2-11-2015 10:03 AM
No 5 tu, laksa kedah mana ada santan
Masak kuah pun rebus camtu je mana ada pakai minyak
Sepatutny ...
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..
chazey replied at 2-11-2015 10:07 AM
Rindu sangat nak makan fried karot kek oi. Mana la aku nak cari versi halal nih (yang sedap dan tida ...
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..
alesandra replied at 2-11-2015 10:11 AM
gamba mcm laksa asam utara.tapi sembang buh santan.laksa asam mana ada santan?ntah hape2
Acong replied at 2-11-2015 10:17 AM
lu bihun dgn mee pun tak tau beza?
Acong replied at 2-11-2015 10:17 AM
lu bihun dgn mee pun tak tau beza?
bluehedgehog replied at 2-11-2015 10:17 AM
klau laksa siam, ada...
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:18 AM
pakcik ahchong cer baca kat atas tt da tukar gambo pas sy tegur dia psl bihun tu... x pulak dia me ...
ADVERTISEMENT