CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9684|Reply: 95

[Tempatan] Makanan Yg Buatkan Laki Jadi Penyayang & Setia. Perempuan Pasti Suka

[Copy link]
Post time 2-11-2015 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bluehedgehog at 2-11-2015 01:58 PM

nanti boleh je pindah ke bod kongsi viral.
hari tu ada thread knp perempuan melayu suka warga asing
hari ni, thread ni ajar cara laki tempatan jadi penyayang dan setia utk menambat hati perempuan

supaya laki tempatan x kalah kpd indon, bangla, paki, nepal, myanmar, dan arab

Lelaki buncit itu penyayang dan setia. Dan ini 10 makanan tempatan yang boleh buat anda buncit. Heh.
Yasin Seth
thevocket.com

Mengikut Majalah Forbes, Malaysia berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai masakan paling sedap di dunia. Malaysia berada di belakang dua negara Asia Tenggara iaitu Singapura dan Thailand. Banyak masakan Malaysia memenangi pertandingan masakan antarabangsa, seperti Catherine Chin Wan Ping yang muncul juara Master Chef UK musim ke-10 dengan hidangan Nasi Lemak. Jika rakyat Malaysia pergi keluar negara sekalipun, mereka pasti akan mencari restoran yang menyajikan masakan Malaysia.

Hari ini kami ingin kongsikan, 10 makanan paling tidak sihat di Malaysia. Makanan ini adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mungkin selepas anda baca artikel ini, anda akan tahu kenapa ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau perut buncit.

Ukuran akan diberikan berdasarkan jumlah kandungan kalori setiap makanan. Untuk maklumat anda, kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga tetapi kalori yang diambil terlalu banyak akan menjadi lemak dan disimpan didalam badan. Secara tidak langsung, kalori ini sebenarnya yang membuatkan anda gemuk. Jangan ingat semua makanan yang masuk ke dalam badan akan menjadi tinja.

10. Satay = 185kalori (5 cucuk Satay)

Angka kalori diatas nampak kecil. Jadi apa yang perlu dibimbangkan? Untuk 10 cucuk Satay, anda telah mengambil 1/3 dari jumlah lemak yang dibenarkan setiap hari. Kebiasaannya anda juga akan memakan Satay bersama makanan lain seperti nasi impit, rendang ayam, lontong dan sebagainya. Jadi bayangkan berapa banyak kalori yang anda ambil apabila anda memakan Satay.

9. Cendol = 386kalori

Cendol adalah salah satu masakan asli Malaysia. Antara cendol kegemaran kami adalah cendol pulut Wahab Wangsa Maju. Tetapi tahukah anda, semangkuk cendol bersamaan 9 sudu gula. Cendol mengandungi kandungan Glycaemic Index (GI) yang tinggi yang memberi anda tenaga segara dan menyebabkan anda cepat lapar.

8. Bihun Goreng = 427kalori

Jika anda pergi ke rumah terbuka, masakan yang selalu anda jumpa adalah Bihun. Masakan ini paling senang disediakan oleh golongan pekerja seperti kami yang tidak punya banyak masa dan bajet. Satu hidangan yang diambil melebihi jumlah kolesterol untuk setiap individu iaitu 300mg dan mempunyai jumlah MSG yang tinggi yang menyebabkan dahaga. Jadi semasa anda memakan masakan ini, pastikan anda meminum air kosong.

7. Kek Karrot Goreng = 493kalori

Jika difikirkan, hidangan ini adalah menyihatkan kerana terdapat sayuran di dalamnya. Sebaliknya, terdapat banyak lemak (35g) kerana kebiasaannya masakan ini digoreng dengan minyak haiwan. Kandungan gulanya juga tinggi dari campuran kicap manis.

6. Mee Goreng = 500kalori

Ini antara makanan yang merbahaya kerana mempunyai jumlah garam melebihi kandungan yang ditetapkan untuk orang dewasa. Mungkin boleh menyebabkan anda mengalami hipertensi.

5. Laksa = 591kalori


Kandungan santan yang tinggi memberi rasa yang sangat enak dan berlemak. Tetapi santan ini mengandungi lemak tepu didalam yang boleh menyebabkan sakit jantung. Antara restoran laksa yang popular adalah terletak di Kedah. Jika kami ke Alor Setar, mesti kami akan singgah ke Zakaria Laksa di Teluk Kechai.

4. Nasi Ayam = 607kalori

Kandungan lemak didalam hidangan ini adalah 23g iaitu separuh dari kandungan lemak untuk keperluan individu, bergantung kepada jantina. Lemak didalam makanan mengambil masa sehingga 4 jam untuk dicernakan. Jadi selepas anda memakan nasi ayam, pastikan anda tidur selepas 4 jam anda memakannya untuk mengelakkan masalah perut buncit. Nasi ayam yang paling kami gemari adalah Nasi Ayam Mesh Datuk Keramat.

3. Nasi Lemak = 657kalori

Antara restoren kegemaran kami menjamu nasi lemak adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Selalunya kami akan pergi ke restoren ini pada lewat malam setelah penat berjalan-jalan di Downtown berdekatan. Hidangan ini pernah menjadi kontroversi dan diharamkan untuk dijual di kantin-kantin sekolah seluruh Malaysia. Selain menyebabkan kanak-kanak mengantuk di dalam bilik darjah, sebab utama adalah kerana kandungan santan di dalamnya yang menyumbang 25g lemak melebihi keperluan individu dewasa. Bayangkan jika kanak-kanak yang memakannya.

2. Mee Siam = 694kalori

Mee siam mengandungi jumlah karbohidrat dan sodium yang tinggi. Sodium untuk satu hidangan adalah 2659mg iaitu bersamaan 1 setengah hari kandungan yang ditetapkan. Lain kali jika anda memasak mee siam, pastikan anda kurangkan jumlah Aji-nomoto yang campurkan.

1. Char Kway Teow = 744kalori

Mengandungi 38g lemak – iaitu 70% lemak tepu dan kolesterol. Kebanyakkan kandungan kalori ini terdapat dari campuran kicap, daging dan udang. Ia juga mempunyai kandungan sodium yang banyak iaitu 1459mg. Antara restoran Char Khay Teow yang kami gemari adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Untuk menu Char Kway Teow special, anda akan dapat 5 ekor udang. Cubalah datang sekali (jangan risau artikel ini tidak ditaja oleh Mali’s Corner)

Kesimpulan

Obesiti dan berperut buncit merupakan satu kesalahan undang-undang di Negara Jepun, tetapi tidak di Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah beringat-ingat ketika menjamah makanan. Janganlah makan sehingga menjejaskan kesihatan sehingga menyebabkan obesiti dan perut buncit . Tiada guna anda mengambil Herbalife dan berulang alik ke gym jika anda tidak boleh mengawal dari melantak makanan hingga melebihi kalori yang dibenarkan oleh setiap individu.


selamat menjadi jantan gentleman, penyayang, dan setia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
No 5 tu, laksa kedah mana ada santan
Masak kuah pun rebus camtu je mana ada pakai minyak
Sepatutnya kalori lebih rendah dr mee goreng tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:04 AM | Show all posts
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:05 AM | Show all posts
sukacactus replied at 2-11-2015 10:03 AM
No 5 tu, laksa kedah mana ada santan
Masak kuah pun rebus camtu je mana ada pakai minyak
Sepatutny ...

ada.
laksa siam ada taruh santan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:06 AM | Show all posts
nasik ayam tu buat aku bernafsu nk mentedarah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:06 AM | Show all posts
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..

malas la nk cari gmbr baru tukar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu sangat nak makan fried karot kek oi. Mana la aku nak cari versi halal nih (yang sedap dan tidak bastardized - the only non halal thing in this is the minyak babi aka lard). Nak buat sendiri bukan main leceh. Aih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:09 AM | Show all posts
chazey replied at 2-11-2015 10:07 AM
Rindu sangat nak makan fried karot kek oi. Mana la aku nak cari versi halal nih (yang sedap dan tida ...

sogo... kat food court...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 10:11 AM | Show all posts
gamba mcm laksa asam utara.tapi sembang buh santan.laksa asam mana ada santan?ntah hape2
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:13 AM | Show all posts
aku melantak macam2..perut tetap maintain petak2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:15 AM | Show all posts
makanan singapore sedap? eat shit laa  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:16 AM | Show all posts
semua sedap/betul ke masakan malaysia no 3 tersedap di dunia?tengok laporan forbes tu bangga sambil kecewa..semua masakan kegemaran akak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:17 AM | Show all posts
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:04 AM
bihun goreng??? tp gambo mee goreng..

lu bihun dgn mee pun tak tau beza?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:17 AM | Show all posts
alesandra replied at 2-11-2015 10:11 AM
gamba mcm laksa asam utara.tapi sembang buh santan.laksa asam mana ada santan?ntah hape2

klau laksa siam, ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:18 AM | Show all posts
Acong replied at 2-11-2015 10:17 AM
lu bihun dgn mee pun tak tau beza?

tadi bubuh gmbr salah
ni salah i
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:18 AM | Show all posts
Acong replied at 2-11-2015 10:17 AM
lu bihun dgn mee pun tak tau beza?

pakcik ahchong cer baca kat atas tt da tukar gambo pas sy tegur dia psl bihun tu... x pulak dia meroyan cam pakcik????


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 10:20 AM | Show all posts

baik delete jela 1st pic laksa tu.tak baik fitnah laksa penang ada 591kalori
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi goreng pon kalori 400-500 gak..roti canai sekeping pon beratus kalori..rojak ss15 aku akan mkn juga wlupun beribu kalori..heee
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:20 AM | Show all posts
Tajuk mcm misleading

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:21 AM | Show all posts
WawaRaRa replied at 2-11-2015 10:18 AM
pakcik ahchong cer baca kat atas tt da tukar gambo pas sy tegur dia psl bihun tu... x pulak dia me ...

jgn marah..ni style acong
jom blanja ko makan itik panggang femes halal in JB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058048 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list