Menerusi kemas kini di Instagram, Watie yang juga usahawan berkata, pada tarikh tersebut bermulalah perjalanan dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Malah, dia turut berdoa agar amanah sebagai seorang isteri dapat dipukul dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Isteri kepada pelawak popular Shuib iaitu Watie Hanifiah menerusi hantaran di Instagram semalam berkongsi coretannya mengenai perjalanan hidup sebagai isteri orang. Katanya, dia tidak akan melupakan tarikh pernikahan mereka yang dianggap cukup bermakna buat dirinya. Doanya juga mengharapkan dirinya dapat memikul amanah sebagai seorang isteri dengan baik. "Moga Allah jadikan aku isteri yang mendengar kata dan taat pada suami. Isteri yang sentiasa bertolak ansur dengan suami. "Isteri yang tinggi sifat sabarnya dan isteri yang suka bergurau senda gelak ketawa mengilai, eh. "Moga isteri yang Allah takdir kan untuk awak (Shuib) ini, menjadi isteri yang solehah," coretnya. Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan Watie dapat menjalankan tugas sebagai isteri Shuib sebaiknya serta membantu suaminya membesarkan anak-anak. Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam. Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib apabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Sumber: OHBulan
|
ADVERTISEMENT