CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 4

Moga Allah Jadikan Aku Isteri Yang Suka Bergurau Senda, Gelak Ketawa Mengilai - Watie

[Copy link]
Post time 3-7-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Menerusi kemas kini di Instagram, Watie yang juga usahawan berkata, pada tarikh tersebut bermulalah perjalanan dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


Malah, dia turut berdoa agar amanah sebagai seorang isteri dapat dipukul dan dilaksanakan dengan sebaiknya.




IG




Isteri kepada pelawak popular Shuib iaitu Watie Hanifiah menerusi hantaran di Instagram semalam berkongsi coretannya mengenai perjalanan hidup sebagai isteri orang.


Katanya, dia tidak akan melupakan tarikh pernikahan mereka yang dianggap cukup bermakna buat dirinya.


Doanya juga mengharapkan dirinya dapat memikul amanah sebagai seorang isteri dengan baik.




IG




"Moga Allah jadikan aku isteri yang mendengar kata dan taat pada suami. Isteri yang sentiasa bertolak ansur dengan suami.


"Isteri yang tinggi sifat sabarnya dan isteri yang suka bergurau senda gelak ketawa mengilai, eh.


"Moga isteri yang Allah takdir kan untuk awak (Shuib) ini, menjadi isteri yang solehah," coretnya.








Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan Watie dapat menjalankan tugas sebagai isteri Shuib sebaiknya serta membantu suaminya membesarkan anak-anak.


Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam.


Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib apabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.




Sumber: OHBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 03:22 PM | Show all posts
terpaling isteri dan mak tiri mithali... yihhhh...

dah tak lalu nak tengok gosip pasal isteri baru laki rhoper katak puru beracun ni..

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
teruskan lah mengilai selagi bernyawa..asalkan bahagian..hmmm bleh stop dah kot tiap hari ada je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 05:00 PM | Show all posts
try hard sis nak seiras dengan pembawaan bekas bini nampaknya
sarah pun jenis ketawa mengilai juga....tapi nampak la jugek ori, idok dibuat2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 05:18 PM | Show all posts
udah2 la tu nyah bukak benang pasal soeb ngan watetek naik jelak pulak. Lepas ni iols nak report jah yihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.260028 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list