CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir Tak Nampak Guna Mata, Beg Tangan Lebih Kecil Dari Sebutir Garam Dijual Dengan Harga RM294,052

3-7-2023 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 534| Komen: 8

Beg tangan kecil berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM294,052).

Hampir tidak dapat dilihat oleh mata manusia, beg berwarna hijau kekuningan pendarfluor itu mengambil inspirasi reka bentuk Louis Vuitton, walaupun ia adalah hasil kerja sebuah kumpulan seni New York, dan bukan keluaran label mewah itu sendiri.


Digelar sebagai "Beg Tangan Mikroskopik", kumpulan seni tersebut, MSCHF, yang berpangkalan di Brooklyn memaklumkan beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut.

Foto: Awani

Beg tangan itu diperbuat menerusi teknologi pembuatan yang digunakan untuk mencetak bahagian plastik berskala mikro 3D, dipanggil two-photon polymerization.

Ia dijual bersama mikroskop yang dilengkapi dengan paparan digital di mana beg itu boleh dilihat.

Foto promosi menunjukkan reka bentuknya dengan lebih terperinci, mendedahkan monogram dengan tulisan "LV" yang biasa terdapat pada beg jenama Louis Vuitton.


Jualan lelongan itu dihoskan oleh Joopiter, sebuah pusat lelongan dalam talian yang ditubuhkan oleh artis, Pharrell Williams.

Walaupun Williams kini berkhidmat sebagai pengarah kreatif pakaian lelaki di Louis Vuitton, ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner sebelum ini memberitahu New York Times bahawa kumpulan mereka tidak meminta kebenaran LV untuk menggunakan logo atau reka bentuknya.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang diterbitkan bersama penyenaraian lelongan, syarikat tersebut menyatakan bahawa kecintaan industri fesyen terhadap beg kecil telah menjadi semakin lebih abstrak sehingga aksesori itu dianggap 'simbol jenama semata-mata'. -CARI

Sumber: Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-7-2023 02:12 PM
Dah boleh beli sebijik umah kt kampung
Quote elzy 3-7-2023 03:11 PM
Tak faham apa fungsi beg tangan sekecil virus tu..
Quote tahanie 3-7-2023 03:25 PM
Tak mampu faham hobi orang kaya
Quote Decaffeinated 3-7-2023 03:34 PM
Tak nampak guna mata? buta kot. Try guna kaki.
Quote _blackbird 3-7-2023 03:39 PM
kalau tak nampak tu tandanya pendek umur.. eh nampak nampak,, yg begitu begitu tu...
Quote bulan_gerhana 3-7-2023 03:44 PM
ini semua mschf product la... derang ade agenda derang.. derang ade target market derang.. bukan suka2 weiii kapitalis semua ni... cerr search mschf.. depa mmg create bende pelik2 sbb ongkaya memang suka spend duit kearah bende pelik... duit tu buat lapik kaki derang je.. mschf ni menggunakan creativity derang collab dgn certain company create bende2 yg ongkaya suka beli yg rege dia akan jadi lebih tinggi sbb dia limited edition.. bukan sebb depa nak guna bende tu pun.. acer pk beg kocik gini nak buat apo kan utk marhean cam kiter2 ni
Quote KamikuP 3-7-2023 04:10 PM
Sapa yg beli tu? Tungau?
Quote rosedemon 4-7-2023 08:44 AM
ogkaya yg bodoh

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050324 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top