View: 529|Reply: 8
|
Hampir Tak Nampak Guna Mata, Beg Tangan Lebih Kecil Dari Sebutir Garam Dijual Dengan Harga RM294,052
[Copy link]
|
|
Beg tangan kecil berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM294,052).
Hampir tidak dapat dilihat oleh mata manusia, beg berwarna hijau kekuningan pendarfluor itu mengambil inspirasi reka bentuk Louis Vuitton, walaupun ia adalah hasil kerja sebuah kumpulan seni New York, dan bukan keluaran label mewah itu sendiri.
Digelar sebagai "Beg Tangan Mikroskopik", kumpulan seni tersebut, MSCHF, yang berpangkalan di Brooklyn memaklumkan beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut.
Foto: Awani
Beg tangan itu diperbuat menerusi teknologi pembuatan yang digunakan untuk mencetak bahagian plastik berskala mikro 3D, dipanggil two-photon polymerization.
Ia dijual bersama mikroskop yang dilengkapi dengan paparan digital di mana beg itu boleh dilihat.
Foto promosi menunjukkan reka bentuknya dengan lebih terperinci, mendedahkan monogram dengan tulisan "LV" yang biasa terdapat pada beg jenama Louis Vuitton.
Jualan lelongan itu dihoskan oleh Joopiter, sebuah pusat lelongan dalam talian yang ditubuhkan oleh artis, Pharrell Williams.
Walaupun Williams kini berkhidmat sebagai pengarah kreatif pakaian lelaki di Louis Vuitton, ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner sebelum ini memberitahu New York Times bahawa kumpulan mereka tidak meminta kebenaran LV untuk menggunakan logo atau reka bentuknya.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang diterbitkan bersama penyenaraian lelongan, syarikat tersebut menyatakan bahawa kecintaan industri fesyen terhadap beg kecil telah menjadi semakin lebih abstrak sehingga aksesori itu dianggap 'simbol jenama semata-mata'. -CARI
Sumber: Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh beli sebijik umah kt kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham apa fungsi beg tangan sekecil virus tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak mampu faham hobi orang kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nampak guna mata? buta kot. Try guna kaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak nampak tu tandanya pendek umur.. eh nampak nampak,, yg begitu begitu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua mschf product la... derang ade agenda derang.. derang ade target market derang.. bukan suka2 weiii kapitalis semua ni... cerr search mschf.. depa mmg create bende pelik2 sbb ongkaya memang suka spend duit kearah bende pelik... duit tu buat lapik kaki derang je.. mschf ni menggunakan creativity derang collab dgn certain company create bende2 yg ongkaya suka beli yg rege dia akan jadi lebih tinggi sbb dia limited edition.. bukan sebb depa nak guna bende tu pun.. acer pk beg kocik gini nak buat apo kan utk marhean cam kiter2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|