Pada usia 56 tahun, pelakon Faizal Hussein masih bertenaga melakonkan babak aksi termasuk menerusi drama terbarunya W: Two World yang diadaptasi daripada drama Korea untuk platform penstriman Viu Malaysia.
Kata aktor itu, dia bangga dan gembira kerana dapat melakukannya sendiri. "Saya sentiasa jaga pemakanan dan tiada penyakit. Dari segi pergerakan pun masih boleh buat babak aksi. Untuk drama ini, produksi sediakan 'stuntman'. "Bagaimanapun mereka terkejut apabila saya kata nak buat sendiri. Pada mereka ia dah jadi bonus bila saya buat benda ini sendiri," katanya. Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam ditayangkan di Viu itu, katanya, dia membawakan watak sebagai Omar Yusof, pelukis komik digital yang juga bapa kepada Doktor Izara lakonan Daiyan Trisha. Walaupun siri tersebut adalah adaptasi drama Korea namun ia dibentuk mengikut acuan budaya tempatan. Tambahnya lagi, drama ini juga adalah antara projek yang sukar untuk dilakonkan.
|
ADVERTISEMENT