CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 1

Faizal Hussein Masih Ada Kudrat, Lakon Babak Aksi Sendiri

[Copy link]
Post time 3-7-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Pada usia 56 tahun, pelakon Faizal Hussein masih bertenaga melakonkan babak aksi termasuk menerusi drama terbarunya W: Two World yang diadaptasi daripada drama Korea untuk platform penstriman Viu Malaysia.


Kata aktor itu, dia bangga dan gembira kerana dapat melakukannya sendiri.






"Saya sentiasa jaga pemakanan dan tiada penyakit. Dari segi pergerakan pun masih boleh buat babak aksi. Untuk drama ini, produksi sediakan 'stuntman'.


"Bagaimanapun mereka terkejut apabila saya kata nak buat sendiri. Pada mereka ia dah jadi bonus bila saya buat benda ini sendiri," katanya.


Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam ditayangkan di Viu itu, katanya, dia membawakan watak sebagai Omar Yusof, pelukis komik digital yang juga bapa kepada Doktor Izara lakonan Daiyan Trisha.


Walaupun siri tersebut adalah adaptasi drama Korea namun ia dibentuk mengikut acuan budaya tempatan. Tambahnya lagi, drama ini juga adalah antara projek yang sukar untuk dilakonkan.


  



Menurutnya, walaupun adaptasi tetapi mereka yang pernah menonton versi Korea akan mendapati versi Malaysia sangat berbeza.


"Memang ada masalah kalau ikut versi Korea kerana watak ini digambarkan ketagihan arak. Untuk versi Malaysia, ditukar Omar Yusof dapat pil dari doktor untuk anxiety. Bila dah makan ubat lama-lama dia ketagihan.


"Ia kerana budaya kita lain. Penulis skrip kita terapkan budaya Melayu. Mulanya saya tengok dua, tiga episod versi Korea tapi ia dah langgar cara Faizal Hussein bekerja.


"Saya tak suka tengok dulu sebelum baca skrip apa yang saya kena buat. Saya berlakon tak ikut acuan. Ia lakonan segar fasal saya tak tahu cerita itu macam mana dan ia versi Malaysia.


"Jadi saya tidaklah terikut-ikut. Sepanjang saya berlakon dari umur lima tahun sampai sekarang, inilah projek yang paling susah sekali untuk seseorang pelakon nak lakonkan. Nanti dah siap tahulah kenapa," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya mmg sentiasa sokong abang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list