Remaja dari Sabah yang hanya memiliki sepasang kasut buruk hanya mampu menahan air mata apabila diminta melupakan hasrat untuk bergelar pemain badminton kerana keluarganya dibelenggu kemiskinan.
Namun, harapan Chrisy, 16, dari Sook, Keningau kembali menyinar apabila kisah hidupnya mendapat perhatian aktivis kebajikan Adrian Edy pada minggu lalu. Bercerita kepada mStar, Edy berkata Chrisy hanya mempunyai satu raket badminton yang dibeli menggunakan wang bantuan persekolahan, kira-kira empat tahun lalu. "Saya dihubungi jurulatih adik Chrisy di Facebook. Dia bercerita tentang remaja itu yang berbakat besar, namun keluarganya tak mampu menampung minatnya dalam sukan badminton. "Chrisy merupakan wakil daerah untuk sukan badminton. Tahun ini juga dia akan menyertai acara sukan negeri. Tapi kasut yang dipakainya sudah rosak, koyak di bahagian kiri dan kanan.
"Dia hanya ada raket lama. Sekarang hanya pinjam raket kawan-kawan. Sampai satu tahap, ibunya hampir minta Chrisy berhenti main badminton sebab tak mampu nak beli peralatan sukan. Ayahnya hanya pembantu tukang masak, ibu hanya suri rumah," cerita Edy. Dalam pertemuan pada Khamis, Edy bukan sahaja menghadiahkan kasut serta raket, malah turut memberi pakaian kepada remaja berkenaan, sekali gus meniup semangatnya untuk meneruskan minat dalam bidang sukan.
|
kalkulatorpink replied at 3-7-2023 08:51 AM
Boleh tgk Adrian Edy pny fb. Dia ni byk kerjasama dgn EL rasanya.
esbok replied at 3-7-2023 09:14 AM
Kenapa sekolah dia tak cari dana? Cikgu main peranan lah bantu. Bagus coach dia cari bantuan, cuma b ...
matjerk replied at 3-7-2023 10:38 AM
Misi bantuan, boleh bg akaun peribadi ke?
ADVERTISEMENT