CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1731|Reply: 21

Sedih Diminta Lupakan Badminton, Remaja Miskin Berlatih Pakai Kasut Buruk & Raket Pinjam Menangis Dapat Peralatan Baru

[Copy link]
Post time 3-7-2023 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Remaja dari Sabah yang hanya memiliki sepasang kasut buruk hanya mampu menahan air mata apabila diminta melupakan hasrat untuk bergelar pemain badminton kerana keluarganya dibelenggu kemiskinan.


Namun, harapan Chrisy, 16, dari Sook, Keningau kembali menyinar apabila kisah hidupnya mendapat perhatian aktivis kebajikan Adrian Edy pada minggu lalu.




IG




Bercerita kepada mStar, Edy berkata Chrisy hanya mempunyai satu raket badminton yang dibeli menggunakan wang bantuan persekolahan, kira-kira empat tahun lalu.


"Saya dihubungi jurulatih adik Chrisy di Facebook. Dia bercerita tentang remaja itu yang berbakat besar, namun keluarganya tak mampu menampung minatnya dalam sukan badminton.


"Chrisy merupakan wakil daerah untuk sukan badminton. Tahun ini juga dia akan menyertai acara sukan negeri. Tapi kasut yang dipakainya sudah rosak, koyak di bahagian kiri dan kanan.


"Dia hanya ada raket lama. Sekarang hanya pinjam raket kawan-kawan. Sampai satu tahap, ibunya hampir minta Chrisy berhenti main badminton sebab tak mampu nak beli peralatan sukan. Ayahnya hanya pembantu tukang masak, ibu hanya suri rumah," cerita Edy.


Dalam pertemuan pada Khamis, Edy bukan sahaja menghadiahkan kasut serta raket, malah turut memberi pakaian kepada remaja berkenaan, sekali gus meniup semangatnya untuk meneruskan minat dalam bidang sukan.




  



"Ketika jurulatihnya hubungi saya, dia minta sekiranya saya boleh beri sumbangan raket dan kasut. Jurulatih badminton Chrisy kata dia seorang pemain yang sangat berbakat, ada potensi untuk pergi jauh dalam sukan badminton.


"Jadi saya hadiahkan Chrisy raket baharu, kasut badminton, kasut joging, jersi, seluar, stokin dan beg untuk latihan. Chrisy cakap dia tidak pernah minta ibu dia belikan alatan badminton sebab mahal, dia faham keadaan keluarga dia, sebab tu sebelum ni dia banyak pinjam daripada kawan saja," cerita Edy lagi.


Dalam pertemuan itu, Chrisy yang juga anak kedua daripada enam beradik turut mengalirkan air mata kerana tidak menyangka akan menerima kejutan daripada Edy.




  



"Saya berjumpa dengannya ketika dia sedang mengikuti latihan. Chrisy tidak tahu saya akan datang, saya minta jurulatih rahsiakan dahulu. Mula-mula bagi raket tu dia gembira. Selepas saya bagi kasut, dia terus sebak.


"Air mata dia jatuh masa dapat baju. Chrisy terkejut bila nampak banyak hadiah, dia cakap dia tidak pernah dapat hadiah sebanyak ini dan tidak sangka saya akan datang jumpa dengannya.


"Asyik lap air mata, terharu katanya. Jurulatih dan rakan rakan yang lain pun sebak, ada yang tiba-tiba mengalir air mata," imbas Edy lagi.


Edy turut berkongsi video pertemuannya dengan remaja itu menerusi laman TikTok sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.


Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu dan meninggalkan kata-kata semangat dengan harapan remaja itu mampu menjadi atlet badminton yang mampu mengharumkan nama negara suatu hari nanti.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cedeynya...

Tapi mamat tu bg nombor akaun mebeng ni lagu camne?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 08:28 AM | Show all posts
go fly dek…  goooo…
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tgk Adrian Edy pny fb. Dia ni byk kerjasama dgn EL rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 08:54 AM | Show all posts
moga menjadi pelapis pemain badminton negara!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 09:14 AM | Show all posts
Edited by esbok at 3-7-2023 09:15 AM

Kenapa sekolah dia tak cari dana? Cikgu main peranan lah bantu. Bagus coach dia cari bantuan, cuma bantuan tu bukan kah boleh dpt dari kerajaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2023 09:20 AM | Show all posts
kalkulatorpink replied at 3-7-2023 08:51 AM
Boleh tgk Adrian Edy pny fb. Dia ni byk kerjasama dgn EL rasanya.

EL tu Elfira Loy ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 09:33 AM | Show all posts
Cara cerita si Edy ni mcm dewasayu.. no wonderlah mentor beliau uhukuhukuhuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Yebit liewwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
El untuk elfira loy..pemikiran luar kotak betul nihh.[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Misi bantuan, boleh bg akaun peribadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
haa kot no acc chrisy, boleh gak nyumbang..
moga ko berjaya dik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 3-7-2023 09:14 AM
Kenapa sekolah dia tak cari dana? Cikgu main peranan lah bantu. Bagus coach dia cari bantuan, cuma b ...

Mungkin coach tu cikgu sekolah dia juga kot...
Bagi sesetengah sekolah, kemiskinan majoriti pelajar menjadi kekangan sekolah utk mencari dana.. Dh kalau sumbangan PIBG RM20 setahun satu keluarga pun tak mampu bayar, faham2 je la..

Apapun semoga dipermudahkan urusan adik ini. Orang Msia ni pemurah, buat je misi ada perkataan "rakyat", mesti ramai nak menyumbang... Walaupun kdg2 tu terangan berlaku tak amanah.. Ala, itu urusan dia dengan Tuhan. Begitulah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
rileks la dek..hang kena syukur..ada orng main berkaki ayam jer kat gelanggang simen tu dek...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 11:24 AM | Show all posts
fly high dik!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 11:36 AM | Show all posts
matjerk replied at 3-7-2023 10:38 AM
Misi bantuan, boleh bg akaun peribadi ke?

sepatutnya tidak boleh...sbb tiada sapa yg audit kecuali dia. bygkan seorang derma rm 100...kalau 10 orang?

niat dah ok utk bantu, tp cara salah.

marilah bantu org susah secara persendirian (face to face) atau melalui ngo yg berdaftar.

byk udah kes direct ke akaun peribadi dan dipersoalkan oleh orang ramai... contoh mister ubi kentang tanah tu... kan kecoh dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya.. kat skola mmg Ada kutipan utk murid miskin n yatim piatu. Tiap jumaat kutip derma. So bole tolong mana yg patut. Kdg sedih tgk pelajar dr golongan ni.. anak kita kemain lg demand. So kena ajar supaya insaf sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 12:00 PM | Show all posts
moga berjaya jd player badminton yg bagus dik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 03:41 PM | Show all posts
sedih nye nengok adek2 macamni, iolls ada soft spot tuk adik2 yg terpaksa pulak memikir masalah susahnya hidup
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:19 AM | Show all posts
semoga ada rezeki utk jadi player badminton suatu hari nnti ya dik...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.337729 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list