Polis percaya lelaki yang menikam peniaga air balang di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian, semalam adalah bermotifkan cemburu. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, motif kejadian tersebut adalah hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya.
Menurut beliau, suspek dikatakan tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa mempunyai teman lelaki dan cuba memujuk bekas isteri untuk kembali semula kepadanya. “Mengikut maklumat keluarga, mangsa yang dikenali sebagai Rokiah Ayub, 42, berkahwin dengan suspek (bekas suami) enam tahun lalu dan tidak mempunyai anak. “Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah. “Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa luka akibat kesan tikaman pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Muhamad Zaki memberitahu, pada masa sama, sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu turut ditemukan dalam bilik tidur mangsa. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. “Pada pukul 6.15 pagi, suspek ditahan untuk membantu siasatan. Suspek dibawa ke Unit Kecemasan HRPZ II untuk rawatan selepas bertindak menikam dirinya. “Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. Media sebelum ini melaporkan, seorang peniaga air balang maut selepas dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam kejadian di rumah sewanya di Taman Desa, Pasir Tumboh di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya parah pada bahagian perut. Sumber: UTUSAN |
imransulaiman: Bekas suami tikam mangsa...arw ...
LoveSungmin replied at 3-7-2023 09:45 AM
mangsa ni kena tikam dengan bekas suami sebab ada boyfriend baru.. lepas tu bekas suami tikam diri s ...
venom1 replied at 3-7-2023 11:12 AM
gila talak ke ni? subahanallah sampai berbunuhan
Bawang123 replied at 3-7-2023 01:18 PM
Moga diampunkan dosa arwah dan tenang di alam barzakh. Sampai dah cerai pun bekas laki nak seksa lag ...
ADVERTISEMENT