View: 1731|Reply: 29
|
Peniaga Air Balang Maut Ditikam Kerana Bekas Suami Cemburu
[Copy link]
|
|
Polis percaya lelaki yang menikam peniaga air balang di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian, semalam adalah bermotifkan cemburu.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, motif kejadian tersebut adalah hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya.
 Mangsa kes bunuh yang dipercayai berpunca daripada cemburu.
Menurut beliau, suspek dikatakan tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa mempunyai teman lelaki dan cuba memujuk bekas isteri untuk kembali semula kepadanya.
“Mengikut maklumat keluarga, mangsa yang dikenali sebagai Rokiah Ayub, 42, berkahwin dengan suspek (bekas suami) enam tahun lalu dan tidak mempunyai anak.
“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa luka akibat kesan tikaman pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Muhamad Zaki memberitahu, pada masa sama, sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu turut ditemukan dalam bilik tidur mangsa.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
“Pada pukul 6.15 pagi, suspek ditahan untuk membantu siasatan. Suspek dibawa ke Unit Kecemasan HRPZ II untuk rawatan selepas bertindak menikam dirinya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang peniaga air balang maut selepas dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam kejadian di rumah sewanya di Taman Desa, Pasir Tumboh di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya parah pada bahagian perut.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa dan suami ditikam bekas suami kerana mempunyai teman lelaki? teman lelaki tu suami yang kena tikam sekali ke orang lain? kalau orang lain, hebat akak balang. ehhh! |
|
|
|
|
|
|
|
aihh pening pala aku baca. bekas laki tikam dia suami sebab ada teman lelaki ahhh..ini parah ni haishhh |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas suami tikam mangsa...arwah innalillah. Lepas tu si suspek (bekas suami) tikam diri dia nak suicidal lah tu kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
mangsa ni kena tikam dengan bekas suami sebab ada boyfriend baru.. lepas tu bekas suami tikam diri sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Bekas suami tikam mangsa...arw ...
Aku pun faham macam ni jugak. Pakwe simati tidak terbabit langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
4 pagi duk serang rumah orang. Pastu menikam diri sendiri. Hidup lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Moga ALLAH rahmati roh dan jasad akak air balang dan diampunkan segala dosa. Seksanya sakaratul maut dia. Mohon dijauhkan |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan taguna hidup menyusahkan orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 3-7-2023 09:45 AM
mangsa ni kena tikam dengan bekas suami sebab ada boyfriend baru.. lepas tu bekas suami tikam diri s ...
"Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya parah pada bahagian perut."
yg ni suami mana plak? ke tertinggal word "bekas" |
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo citer berpusing2 mcm citer acik2 dlm porem nehh jugak
naik julingggggggggggggg bijik mata nak folo  |
|
|
|
|
|
|
|
gila talak ke ni? subahanallah sampai berbunuhan |
|
|
|
|
|
|
|
pening bc berita ni so ex suamik tikam ex isteri sampai mati, pastu tikam suami skrg sampai cedera, pastu bf ex isteri tu ape jadi ke xde kat tmpt kejadian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah hasil nye bila wartawan malas buat kerja + error dalam artikel sampai mengelirukan pembaca. Rasa nak lahar je
Dalam artikel lain, ada sebut bekas suami ni tikam diri sendiri lepas tikam mangsa ni (bekas isteri). Ke jadah tak bagitau part tu, hujung2 tulis suaminya (sepatutnya bekas suami) parah
|
|
|
|
|
|
|
|
aku igtkan aku je yg biol x faham bahasa malaysia bila baca artikel ni. wartawan sampah sgt ni.. keja nak cepat siap je ginilah jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga diampunkan dosa arwah dan tenang di alam barzakh. Sampai dah cerai pun bekas laki nak seksa lagi bekas bini. Apa la nak jadi. Mujur takda zuriat. Kalau tak, kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
Tikam diri sendiri mesti ala kadar tu sebab sakit kannnn
Lain kali tikam bertubi2 dan bersungguh2 sehabis daya!
Huh lemah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
susah kalau dapat pasangan cinta mati. especially emosi tak stabil. boleh jd gila bayang gila talak. sebab tu ada orang nikah tiang tnb pun boleh bahagia sebab xperlu hadap karenah pasangan  |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 3-7-2023 11:12 AM
gila talak ke ni? subahanallah sampai berbunuhan
Hanye boley gile talak bila jande dapat yang lebey herlok lagi.. Hati busuk betoi setan ni!  |
|
|
|
|
|
|
|
Bawang123 replied at 3-7-2023 01:18 PM
Moga diampunkan dosa arwah dan tenang di alam barzakh. Sampai dah cerai pun bekas laki nak seksa lag ...
Mangsa ada anak 3 org tak silap… fr first marriage. Suspek suami kedua.. now mangsa ada boipren bakal susmi ke 3… yg menjd punca ex somi ni 2 jeles.. dlm rumah tu tak silap ada ahli keluarga lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|