Seorang lelaki kini menjadi buruan polis selepas melarikan dua iPhone terpakai jenis dari sebuah premis di Bandar Seri Jempol, semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.34 tengah hari semalam, suspek datang ke kedai telefon itu dengan memakai baju jenis ‘hoodie’ hitam tanpa corak dan berseluar panjang hitam dengan bertopi keledar jenama SGV.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata, suspek meminta dengan seorang pembantu kedai berusia 25 tahun untuk melihat sebuah iPhone 12 Pro Max 256GB berwarna biru yang dipamerkan dalam kaunter jualan. “Suspek kemudian meminta sebuah lagi iPhone 11 Pro Max 256GB terpakai warna emas untuk buat perbandingan. Rakan sekerja pengadu yang sedang membaiki telefon di sebelah kaunter jualan menegur suspek dan mengecamnya telah datang kira-kira 5 petang kelmarin dan melihat telefon Vivo V25 Pro.
“Suspek maklumkan kepada pembantu kedai mahu menunjukkan dua telefon tersebut kepada abangnya yang dikatakan berada di luar kedai. Bagaimanapun, suspek terus melarikan diri dengan membawa dua telefon tersebut menaiki motosikal yang diletakkan di lorong tepi kedai,” katanya kepada pemberita, semalam. Chang Hook berkata, susulan kejadian, kedai tersebut mengalami kerugian RM5,300 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat orang diatas boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
copy_paste replied at 3-7-2023 09:53 AM
kalau tokey kedai letak id dia dlm hp tu cuma boleh jual part je la,
mrsbob87 replied at 5-7-2023 09:12 AM
kalau jual part pun... nanti tak boleh update ios.... sebab part xregister
copy_paste replied at 5-7-2023 09:57 AM
owhh boleh mcm tu ke,kalau part x register xleh update,tapi kalau update jugak ape jadi
Cik_Andak replied at 5-7-2023 12:40 PM
wah tahniah dik, awak dah glamer dalam daerah jempol...
ADVERTISEMENT