CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 12

Konon Nak Tunjuk Pada Abang, Lelaki Acah Banding Telefon Bimbit Sebelum Larikan Dua Iphone

[Copy link]
Post time 3-7-2023 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki kini menjadi buruan polis selepas melarikan dua iPhone terpakai jenis dari sebuah premis di Bandar Seri Jempol, semalam.


Dalam kejadian pada pukul 1.34 tengah hari semalam, suspek datang ke kedai telefon itu dengan memakai baju jenis ‘hoodie’ hitam tanpa corak dan berseluar panjang hitam dengan bertopi keledar jenama SGV.




Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang melarikan dua talefon bimbit terpakai jenis Iphone dari sebuah kedai talefon di Bandar Seri Jempol. - MEDIA SOSIAL





Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata, suspek meminta dengan seorang pembantu kedai berusia 25 tahun untuk melihat sebuah iPhone 12 Pro Max 256GB berwarna biru yang dipamerkan dalam kaunter jualan.


“Suspek kemudian meminta sebuah lagi iPhone 11 Pro Max 256GB terpakai warna emas untuk buat perbandingan. Rakan sekerja pengadu yang sedang membaiki telefon di sebelah kaunter jualan menegur suspek dan mengecamnya telah datang kira-kira 5 petang kelmarin dan melihat telefon Vivo V25 Pro.


“Suspek maklumkan kepada pembantu kedai mahu menunjukkan dua telefon tersebut kepada abangnya yang dikatakan berada di luar kedai. Bagaimanapun, suspek terus melarikan diri dengan membawa dua telefon tersebut menaiki motosikal yang diletakkan di lorong tepi kedai,” katanya kepada pemberita, semalam.


Chang Hook berkata, susulan kejadian, kedai tersebut mengalami kerugian RM5,300 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat orang diatas boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 09:53 AM | Show all posts
kalau tokey kedai letak id dia dlm hp tu cuma boleh jual part je la,
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat menegur dan mengecam tu maksudnya "tegur sapa" dan "kenal" lah kan? Mesti kunjungan pertama tu nak plan strategi...

Berani betul kedai tu benarkan saspek bawa henfon ke luar kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:22 AM | Show all posts
selalu bkn tpon yg tipu2 je ke...yg dorg interprame kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:53 AM | Show all posts
@Bipolajourney dari porum cari selamber curi gambar 3 org jiran utk tipu jantan kat internet .
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ni b40 curi phone, curi2 phone ni so zmn  90s sgt, skrg org scam melaui phone wassap lg untung byk xpyh nak berlari2 meloncat atas motor segale bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 09:08 AM | Show all posts
boleh buat apa je kalau curi iphone ni lulz
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:12 AM | Show all posts
copy_paste replied at 3-7-2023 09:53 AM
kalau tokey kedai letak id dia dlm hp tu cuma boleh jual part je la,

kalau jual part pun... nanti tak boleh update ios.... sebab part xregister
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 09:57 AM | Show all posts
mrsbob87 replied at 5-7-2023 09:12 AM
kalau jual part pun... nanti tak boleh update ios.... sebab part xregister

owhh boleh mcm tu ke,kalau part x register xleh update,tapi kalau update jugak ape jadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:15 AM | Show all posts
copy_paste replied at 5-7-2023 09:57 AM
owhh boleh mcm tu ke,kalau part x register xleh update,tapi kalau update jugak ape jadi

error, memang tak boleh nak install update....































Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:40 PM | Show all posts
wah tahniah dik, awak dah glamer dalam daerah jempol...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 04:53 PM | Show all posts
kesian owner, harap pihak polis dapat berkas pencuri secepat mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik_Andak replied at 5-7-2023 12:40 PM
wah tahniah dik, awak dah glamer dalam daerah jempol...

Jempol dekat dengan Felda Palong.
Bandar Jempol okay okay je.

Tapi boring kat sana. Kan kampung.
Tu yang cari aktiviti curi.
Entah entah dia ni pekerja kebun sawit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 1.006311 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list