Sempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-18, pelakon, Norman Hakim berkongsi semula momen yang tidak boleh dilupakan olehnya dan bekas isteri, Abby Abadi. Menurut Norman, anak gadisnya itu dilahirkan di dalam kereta.
"18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. "Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku. "Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah," tulisnya. Selain berkongsi momen tersebut, Norman turut memberitahu bahawa Marissa merupakan anak yang solehah, bijak dan sangat berdikari. Sebagai seorang bapa, Norman berkata dia sentiasa melakukan solat hajat dan berdoa untuk semua anak-anaknya. "Hari-hari papa tak pernah miss solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa.
"Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi. "Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran ke-18 adik. Mohon Allah sentiasa lindung adik dengan rahmat dan kasih sayangNya," tulisnya lagi. Sumber: Oh Bulan!, IG Norman Hakim
|
Rogue98: Gatal sangat ke anak dia sampai kena doa camtu.
inspektoremos21 replied at 2-7-2023 07:12 PM
Memang cantik anak norman abby ni.. yg bongsu tu pun iols rasa cantik
Rogue98 replied at 2-7-2023 07:00 PM
Gatal sangat ke anak dia sampai kena doa camtu.
limau_lemon replied at 2-7-2023 08:48 PM
Dulu baby Tu nampak comot ..skrg dah Makin cantik and Makin muka yebbi sgt..
nolya replied at 2-7-2023 07:13 PM
Kenapa U buat komen mcm tu. U tak ade anak ke? Mana2 ibubapa tetap mendoakan anaknya menikahi seo ...
Aneem replied at 2-7-2023 12:50 PM
Doakan jugak dia jaga aurat.
Tudung makin lama mangkin singkat.
Silap2 lps kau arwah nnti, dia free ...
Rogue98 replied at 2-7-2023 10:40 PM
Sbb doa dia tu mcm seolah2 anak dia rambang mata sbb ramai sangat lelaki dia minat and tak tau nak ...
limau_lemon replied at 2-7-2023 08:49 PM
I Rasa anak sheols dah putus dgn boipren dia haritu kot ..Tu apak dia doa gitu
inspektoremos21 replied at 2-7-2023 10:04 PM
Yg iols nampak baby tu dah jadi campuran muka abby dgn memey
Madel replied at 2-7-2023 10:21 PM
Waktu bebudak dulu nampak betul cantik
Nampak sgt muslimah, redup mata memandang.
dah naik umur 18, ...
ADVERTISEMENT