CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14296|Reply: 129

‘Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Adik Ke Atas Mana-Mana Lelaki Kecuali….’ - Norman Hakim

[Copy link]
Post time 2-7-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Sempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-18, pelakon, Norman Hakim berkongsi semula momen yang tidak boleh dilupakan olehnya dan bekas isteri, Abby Abadi.


Menurut Norman, anak gadisnya itu dilahirkan di dalam kereta.






"18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta.


"Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku.


"Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah," tulisnya.


Selain berkongsi momen tersebut, Norman turut memberitahu bahawa Marissa merupakan anak yang solehah, bijak dan sangat berdikari. Sebagai seorang bapa, Norman berkata dia sentiasa melakukan solat hajat dan berdoa untuk semua anak-anaknya.


"Hari-hari papa tak pernah miss solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa.


"Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi.


"Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran ke-18 adik. Mohon Allah sentiasa lindung adik dengan rahmat dan kasih sayangNya," tulisnya lagi.




Sumber: Oh Bulan!, IG Norman Hakim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 06:29 PM | Show all posts
aminn..ya rabbal alaminnn....doa tu ada Allah bagi mudah..ada bagi ujian dulu sebelum makbul..semoga anak anak kita dijauhkan daripada zina dan maksiat....aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Amin papa. Cantik betul anak papa yg ni. Yg ni rupanya yg lahir dalam kereta tak sempat sampai hospital tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm norman cium yebbi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatal sangat ke anak dia sampai kena doa camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang cantik anak norman abby ni.. yg bongsu tu pun iols rasa cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2023 07:13 PM | Show all posts
Rogue98: Gatal sangat ke anak dia sampai kena doa camtu.

Kenapa U buat komen mcm tu.  U tak ade anak ke?  Mana2 ibubapa tetap mendoakan anaknya menikahi seorang lelaki yg baik, beriman, memayungi dn memimpin keluarga ke jannah. Na'u zubillah, semoga anak2 pompuan tak dipertemukan dgn lelaki yg berketerampilan syurga ttpi kelaku menjurus ke neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
inspektoremos21 replied at 2-7-2023 07:12 PM
Memang cantik anak norman abby ni.. yg bongsu tu pun iols rasa cantik

Dulu baby Tu nampak comot ..skrg dah Makin cantik and Makin muka yebbi sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 2-7-2023 07:00 PM
Gatal sangat ke anak dia sampai kena doa camtu.

I Rasa anak sheols dah putus dgn boipren dia haritu kot ..Tu apak dia doa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Doakan jugak dia jaga aurat.
Tudung makin lama mangkin singkat.
Silap2 lps kau arwah nnti, dia free hair terus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 2-7-2023 08:48 PM
Dulu baby Tu nampak comot ..skrg dah Makin cantik and Makin muka yebbi sgt..

Yg iols nampak baby tu dah jadi campuran muka abby dgn memey
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Norman ni mesti takut gila kalau laki org usung toto mcm dia buat kat memei. Dah la anak dara dia cantik2. Norman kene doa byk2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu bebudak dulu nampak betul cantik
Nampak sgt muslimah, redup mata memandang.
dah naik umur 18, dah mcm kurenggg
Tudung dah makin singkat
Makeup dh makin tebal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 2-7-2023 07:13 PM
Kenapa U buat komen mcm tu.  U tak ade anak ke?  Mana2 ibubapa tetap mendoakan anaknya menikahi seo ...

Sbb doa dia tu mcm seolah2 anak dia rambang mata sbb ramai sangat lelaki dia minat and tak tau nak pilih mana. Kalau didikan dari mak bapak baik insyallah anak tu buat pilihan yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneem replied at 2-7-2023 12:50 PM
Doakan jugak dia jaga aurat.
Tudung makin lama mangkin singkat.
Silap2 lps kau arwah nnti, dia free  ...

Nampak dalam post norman kat kampung si yebby dan anak prempuanyya yg ni kemain pakai seluar ketat mcm legging tu ... Huuu.

Tulah, tdung anaknya pun makin singkat dh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak laki sulung yebby muka mcm apak tiri dari apak sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 12:53 AM | Show all posts
Rogue98 replied at 2-7-2023 10:40 PM
Sbb doa dia tu mcm seolah2 anak dia rambang mata sbb ramai sangat lelaki dia minat and tak tau nak ...

Kalau nak diprasangkakan berambang mata untuk memilih, itu adalah hal yg lumrah bagi semua manusia. Wanita mungkin ada beberapa rakan lelaki, ada juga di antaranya mereka yg meminati dia yg seorang. Dn jika wanita itu juga menyukai beberapa lelaki dlm satu masa, bukan pula harus dianggap sbg wanita yg gatal, ttpi hanya satu fasa godaan dn senggolan kasih-sayang yg perlu ditanggapi penuh waspada dn teliti. Maka wajarlah sbg ibubapa, sentiasa memanjatkan doa semoga si anak akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt agar tidak tersalah langkah dn atau tersalah pilih.
Sementelah hari ini rona gelagat lelaki yg penuh dgn kepura2an, Allah sajalah yg dpt membantu si anak membuat pilihan yg tepat, berjodoh dgn lelaki yg dpt memayungi dn menjadi imam dlm rumahtangganya. Jgn terlalu cepat berburuk sangka sebaliknya doakanlah yg terbaik buat anak. Sering berpesan2 agar anak menjaga diri bukan bererti sang anak sudah liar, ttpi lebih mengharapkan semoga anak tidak terlupa, tak tergelincir ketika mengambil langkah atau membuat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 2-7-2023 08:49 PM
I Rasa anak sheols dah putus dgn boipren dia haritu kot ..Tu apak dia doa gitu

Ada boifren dah ke dia sebelum ni? Bukan senang nak jaga anak perempuan ni. All the best papa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
inspektoremos21 replied at 2-7-2023 10:04 PM
Yg iols nampak baby tu dah jadi campuran muka abby dgn memey

Sama la mata i pun nampak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 01:10 AM | Show all posts
Madel replied at 2-7-2023 10:21 PM
Waktu bebudak dulu nampak betul cantik
Nampak sgt muslimah, redup mata memandang.
dah naik umur 18,  ...

Selagi si anak masih dlm ruang yg masih boleh diperbetulkan, maka nasihatkanlah dgn cara yg baik. Tudung singkat boleh minta dilabuhkan.  Mekap tebal bagi anak gadis 18thn. adalah hal yg sangat lumrah dn tak sepatutnya ia dijadikan isu apa lagi untuk mencerca. Nak solat, pandailah dia cuci dan bersihkan muka dari segala tempelan bedak, gincu, fondesyen, dll agar wuduknya sah. Berilah anak itu peluang dn ruang menjadi seorang anak gadis selagi tidak melanggar batas2 syarie. InsyaAllah, jika anak sudah diberikan pelajaran agama, diberi tunjuk ajar, nasihat dn didoakan selalu, semoga anak akan sentiasa dlm lindungan Ilahi. Selebihnya, tuah dn takdir yg menentukan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050701 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list