Canberra: Seorang wanita transgender Australia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia mencacatkan zakar sendiri supaya doktor dapat membuang kemaluannya seterusnya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang wanita.
New York Post melaporkan satu kajian kes yang memperincikan kejadian itu diterbitkan baru-baru ini, dalam jurnal perubatan Urology Case Reports. Menurut laporan itu, wanita transgender berusia 57 tahun yang tidak dikenali itu dilahirkan sebagai lelaki tetapi merasakan dia dilahirkan dalam tubuh yang salah. Doktor menyatakan bahawa mungkin tidak mahu membayar yuran perubatan yang besar, jadi dia dilaporkan cuba membakar alat kejantanannya dengan bahan kimia. Kajian itu mendedahkan, pembedahan yang mengesahkan jantina boleh membabitkan penggantian zakar dengan faraj tiruan dan prosedur berkenaan tidak dilindungi oleh Medicare, insurans kesihatan awam kebangsaan Australia.
Akibatnya, pesakit mesti mendapatkan rawatan dalam sektor swasta, yang boleh menelan belanja yang terlalu tinggi. Walaupun klinik tempatan tertentu ada merujuk pesakit dengan penyedia kesihatan dan penjagaan primer awam bersekutu, pesakit sering terpaksa menghadapi senarai menunggu yang panjang. Masih tidak jelas bagaimanakah proses dan bahan kimia yang digunakan pesakit itu untuk mencacatkan alat sulitnya. Menurut kajian, apabila pesakit tiba di bahagian urologi hospital, dia mengalami nekrosis (tisu mati) pada hujung zakar bersama-sama dengan luka terbakar selain bengkak dan kemerahan di sepanjang alat sulitnya. Berdasarkan laporan perubatan, sebelum kejadian itu, pesakit juga sudah menjalani terapi kekurangan androgen yang menurunkan tahap hormon testosteron. Selama tujuh hari, doktor merawat pesakit dengan menggunakan pembalut kasa, memberikan antibiotik intravena dan mengubah laluan aliran air kencing. Ketika itulah terjadinya pereputan dan pasukan perubatan mendapati nekrosis mereputkan zakarnya. Pembedahan kecemasan menyaksikan pasukan perubatan terpaksa memotong bahagian zakar yang mati dan kemudian mencipta lubang uretra pada bahagian yang hanya tinggal satu sentimeter. Sumber: Harian Metro
|
imransulaiman replied at 2-7-2023 02:44 PM
Umur dah 57 pun oiiii... Aduuuuuh!
Perwira2022 replied at 2-7-2023 03:00 PM
Itu la kan.... Umur gitu bawak bawak la ke gereja
Perwira2022 replied at 2-7-2023 03:00 PM
Itu la kan.... Umur gitu bawak bawak la ke gereja
Belibis replied at 2-7-2023 03:27 PM
Bertahan la setahun dua lagi..bukan lama benor.
pembedahan yang mengesahkan jantina boleh membabitkan penggantian zakar dengan faraj tiruan dan prosedur berkenaan tidak dilindungi oleh Medicare
Tinot7 replied at 2-7-2023 05:05 PM
Tunggu setahun dua ni utk apa? Teruih ilang keinginan utk jadi wanita ka apa?
nakkomenjugak replied at 2-7-2023 05:45 PM
Yang iols selalu tengok kat YouTube
Yang detrans laa
Kalau bab kemaluan bertukar ni
Belibis replied at 2-7-2023 08:19 PM
Pindah alam laaa..
nakkomenjugak replied at 2-7-2023 05:45 PM
Yang iols selalu tengok kat YouTube
Yang detrans laa
Kalau bab kemaluan bertukar ni
ADVERTISEMENT