CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 14

Mahu Jadi Wanita, Lelaki Nekad Cacatkan Alat Sulit Sendiri

[Copy link]
Post time 2-7-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Canberra: Seorang wanita transgender Australia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia mencacatkan zakar sendiri supaya doktor dapat membuang kemaluannya seterusnya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang wanita.


New York Post melaporkan satu kajian kes yang memperincikan kejadian itu diterbitkan baru-baru ini, dalam jurnal perubatan Urology Case Reports.


Menurut laporan itu, wanita transgender berusia 57 tahun yang tidak dikenali itu dilahirkan sebagai lelaki tetapi merasakan dia dilahirkan dalam tubuh yang salah.






Doktor menyatakan bahawa mungkin tidak mahu membayar yuran perubatan yang besar, jadi dia dilaporkan cuba membakar alat kejantanannya dengan bahan kimia.


Kajian itu mendedahkan, pembedahan yang mengesahkan jantina boleh membabitkan penggantian zakar dengan faraj tiruan dan prosedur berkenaan tidak dilindungi oleh Medicare, insurans kesihatan awam kebangsaan Australia.


Akibatnya, pesakit mesti mendapatkan rawatan dalam sektor swasta, yang boleh menelan belanja yang terlalu tinggi.


Walaupun klinik tempatan tertentu ada merujuk pesakit dengan penyedia kesihatan dan penjagaan primer awam bersekutu, pesakit sering terpaksa menghadapi senarai menunggu yang panjang.


Masih tidak jelas bagaimanakah proses dan bahan kimia yang digunakan pesakit itu untuk mencacatkan alat sulitnya.


Menurut kajian, apabila pesakit tiba di bahagian urologi hospital, dia mengalami nekrosis (tisu mati) pada hujung zakar bersama-sama dengan luka terbakar selain bengkak dan kemerahan di sepanjang alat sulitnya.


Berdasarkan laporan perubatan, sebelum kejadian itu, pesakit juga sudah menjalani terapi kekurangan androgen yang menurunkan tahap hormon testosteron.


Selama tujuh hari, doktor merawat pesakit dengan menggunakan pembalut kasa, memberikan antibiotik intravena dan mengubah laluan aliran air kencing.


Ketika itulah terjadinya pereputan dan pasukan perubatan mendapati nekrosis mereputkan zakarnya.


Pembedahan kecemasan menyaksikan pasukan perubatan terpaksa memotong bahagian zakar yang mati dan kemudian mencipta lubang uretra pada bahagian yang hanya tinggal satu sentimeter.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah 57 pun oiiii... Aduuuuuh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 2-7-2023 02:44 PM
Umur dah 57 pun oiiii... Aduuuuuh!

Itu la kan.... Umur gitu bawak bawak la ke gereja
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertahan la setahun dua lagi..bukan lama benor.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-7-2023 03:00 PM
Itu la kan.... Umur gitu bawak bawak la ke gereja

Hahaha! Ke gereja! Biasanya ke masjid
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 04:21 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-7-2023 03:00 PM
Itu la kan.... Umur gitu bawak bawak la ke gereja

Kan.. Bagi muslimin dan muslimat, umur begini pi masjid atau surau lagi molek..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena kasi jahh kan? Bknnya dpt gender reassignment..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 2-7-2023 03:27 PM
Bertahan la setahun dua lagi..bukan lama benor.

Tunggu setahun dua ni utk apa? Teruih ilang keinginan utk jadi wanita ka apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cipap boleh dicuri macam organ.. memang tak selamat dah pompuan kat doniya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang iols selalu tengok kat YouTube
Yang detrans laa
Kalau bab kemaluan bertukar ni
Banyak complications
Dari pedang ke cikki tu, lukanya akan tertutup balik
Pastu nak kena toreh lagi dan lagi untuk menampakkan bentuk cikki tu
Iols dengar pun seram
Bamjat gitu ke aaa? Keee masih ada pedangnya?

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 05:55 PM | Show all posts
pembedahan yang mengesahkan jantina boleh membabitkan penggantian zakar dengan faraj tiruan dan prosedur berkenaan tidak dilindungi oleh Medicare

insurance kerajaan tak cover untuk sex change tapi zakar terbakar boleh claim, so bako ja la

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-7-2023 05:05 PM
Tunggu setahun dua ni utk apa? Teruih ilang keinginan utk jadi wanita ka apa?

Pindah alam laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 2-7-2023 05:45 PM
Yang iols selalu tengok kat YouTube
Yang detrans laa
Kalau bab kemaluan bertukar ni

Rasanya dah takde..

https://youtube.com/shorts/cwU1jw4QKjk?feature=share
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 2-7-2023 08:19 PM
Pindah alam laaa..

Dia takleh tunggu.. kemahuan tu membuak2.. mana bley tunggu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 09:58 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 2-7-2023 05:45 PM
Yang iols selalu tengok kat YouTube
Yang detrans laa
Kalau bab kemaluan bertukar ni

Katanya dia org letak batang silinder 4 kali sehari kat pussycat buatan tu utk elak luka tertutup. Siap buat bideo nangis2 sbb tak tahan sakit. Satu lg, dia org tak dpt menikmati orgasm. Geng detrans ni cakap, bedah tukar jantina tak ubah mcm cosmetic surgery jerr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.377677 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list