CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Laporan Penipuan Wang Tunai Ebelia Rahmah Diterima Polis

2-7-2023 01:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 628| Komen: 9

Kuala Lumpur: Sebanyak 14 laporan polis berkaitan kes penipuan wang tunai eBelia Rahmah membabitkan kerugian RM2,800 sudah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket menawarkan perkhidmatan memindahkan wang dari akaun e-dompet kepada akaun bank mangsa.



"Mangsa melihat tawaran perkhidmatan pengeluaran wang tunai eBelia Rahmah di TikTok dan Facebook Messenger sebelum menghubungi suspek.

"Suspek kemudian meminta mangsa untuk membuat imbasan pada kod QR yang diberikan," katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang dari e-dompet miliknya dipindahkan keluar dan tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun banknya.

Susulan itu, katanya, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal," katanya setiap mangsa kerugian RM200.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Program eBelia Rahmah adalah inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023 bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, selain meringankan beban kewangan golongan berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

RM200 yang dikreditkan kepada akaun e-dompet kira-kira dua juta penerima bermula 26 Jun lalu melalui program itu untuk digunakan bagi pembelian fizikal di premis perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat, iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.

Dalam terma dan syarat program, bantuan RM200 itu tidak boleh ditunaikan atau dipindahkan kepada akaun lain dan tindakan akan diambil sekiranya penerima berbuat demikian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 2-7-2023 04:09 PM
Anak aku tolong transfer kat kenkawan dia free sajo.. ade yg caj rm10.. rm5.. ..
Quote krustykrab 2-7-2023 04:33 PM
Buritan replied at 2-7-2023 04:09 PM
Anak aku tolong transfer kat kenkawan dia free sajo.. ade yg caj rm10.. rm5.. ..

Baca kt tiktok ari tu..ada ustaz kot kata haram tunaikn erahmah tu. Sb dia dh ada t&c.
Yg ambik fee tu lg la berdosa
Quote Innrukia 2-7-2023 04:35 PM
ni mesti nak menipu, sbb tu tertipu
Quote unguaurora 2-7-2023 04:37 PM
Iols baca td mula2 Ebola.. tergezut
Quote Buritan 2-7-2023 04:51 PM
krustykrab replied at 2-7-2023 04:33 PM
Baca kt tiktok ari tu..ada ustaz kot kata haram tunaikn erahmah tu. Sb dia dh ada t&c.
Yg ambik fe ...

Ontah haram ke idak . Nak belanja kat stabuk.  Ape cekih.. belanja soeedmart kodai tertentu sajo.. blanja kfc pun ape cekeh jgk.. baik laa simpan duit tuu utk kegunaan yg penting.. anak aku nak beli buku . Nak bayo yuran.. nak bayo sewa rumah kongsi.. byk lg duit tuu dr shopping stabuk.. tang setad ckp haram tuu tak tau laa.. skrg punya setad mcm mcm
Quote B40tastePosh 2-7-2023 08:00 PM
Kecik² dah ada pemikiran korup budak2 tu
Quote Suchi 2-7-2023 08:33 PM
Knp nak tunaikan?
Bak sini kalau tanak, byk boleh bayar guna touch n go tu adik2 oii
Quote kakikuDibibirmu 2-7-2023 08:36 PM
Menteri Kewangan E-wallet 30 ringgek tersenyum sinis
Quote nurkasih74 3-7-2023 07:48 AM
Anak aku pun cashkan sbb nak bayo duit sewa rumah. Asalkan bermanfaat, kenapa nak haram. Mungkinlah ada tnc.. moga kjaan halalkan sajelah drp depa bersoping bkn2..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.893908 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top