View: 589|Reply: 9
|
14 Laporan Penipuan Wang Tunai Ebelia Rahmah Diterima Polis
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sebanyak 14 laporan polis berkaitan kes penipuan wang tunai eBelia Rahmah membabitkan kerugian RM2,800 sudah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket menawarkan perkhidmatan memindahkan wang dari akaun e-dompet kepada akaun bank mangsa.
"Mangsa melihat tawaran perkhidmatan pengeluaran wang tunai eBelia Rahmah di TikTok dan Facebook Messenger sebelum menghubungi suspek.
"Suspek kemudian meminta mangsa untuk membuat imbasan pada kod QR yang diberikan," katanya kepada pemberita hari ini.
Mengulas lanjut, Ramli berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang dari e-dompet miliknya dipindahkan keluar dan tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun banknya.
Susulan itu, katanya, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal," katanya setiap mangsa kerugian RM200.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Program eBelia Rahmah adalah inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023 bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, selain meringankan beban kewangan golongan berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
RM200 yang dikreditkan kepada akaun e-dompet kira-kira dua juta penerima bermula 26 Jun lalu melalui program itu untuk digunakan bagi pembelian fizikal di premis perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat, iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.
Dalam terma dan syarat program, bantuan RM200 itu tidak boleh ditunaikan atau dipindahkan kepada akaun lain dan tindakan akan diambil sekiranya penerima berbuat demikian.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku tolong transfer kat kenkawan dia free sajo.. ade yg caj rm10.. rm5.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 2-7-2023 04:09 PM
Anak aku tolong transfer kat kenkawan dia free sajo.. ade yg caj rm10.. rm5.. ..
Baca kt tiktok ari tu..ada ustaz kot kata haram tunaikn erahmah tu. Sb dia dh ada t&c.
Yg ambik fee tu lg la berdosa |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti nak menipu, sbb tu tertipu |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baca td mula2 Ebola.. tergezut  |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 2-7-2023 04:33 PM
Baca kt tiktok ari tu..ada ustaz kot kata haram tunaikn erahmah tu. Sb dia dh ada t&c.
Yg ambik fe ...
Ontah haram ke idak . Nak belanja kat stabuk. Ape cekih.. belanja soeedmart kodai tertentu sajo.. blanja kfc pun ape cekeh jgk.. baik laa simpan duit tuu utk kegunaan yg penting.. anak aku nak beli buku . Nak bayo yuran.. nak bayo sewa rumah kongsi.. byk lg duit tuu dr shopping stabuk.. tang setad ckp haram tuu tak tau laa.. skrg punya setad mcm mcm |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik² dah ada pemikiran korup budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Knp nak tunaikan?
Bak sini kalau tanak, byk boleh bayar guna touch n go tu adik2 oii |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku pun cashkan sbb nak bayo duit sewa rumah. Asalkan bermanfaat, kenapa nak haram. Mungkinlah ada tnc.. moga kjaan halalkan sajelah drp depa bersoping bkn2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|