CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sesat Masuk Hutan Ikut Jalan Pintas ‘Waze’ Balik Raya

2-7-2023 01:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1451| Komen: 11

Sebuah keluarga terpaksa meredah hutan gara-gara menggunakan jalan pintas menerusi aplikasi ‘Waze’ ketika pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidiladha baru-baru ini.

Menerusi perkongsian klip video di media sosial rozlynrozular, beberapa kenderaan lain turut dilihat menggunakan laluan tersebut sebagai jalan alternatif bagi mengelak kesesakan.



Bagaimanapun, tindakan tersebut yang disangka memudahkan perjalanan disifatkan tidak membantu apabila laluan itu dilihat agak sempit serta dikelilingi dengan semak samun.

Menurut rozlynrozular, dia sekeluarga terpaksa mengharungi perkara itu selepas menempuh perjalanan selama 11 jam dari Sungai Buloh ke Machang, Kelantan.

“Pedih seorang perantau setiap kali balik raya. Sungai Buloh Ke Machang dari pukul 4 pagi sehingga 3 petang. Jalan pintas apa yang ‘Waze’ beri?,” katanya di ruangan kapsyen video.

Sehubungan itu, rata-rata ramai berkongsi nasib yang sama ketika cuba menggunakan jalan pintas yang diberi alat navigasi berkenaan.

“Tadi saya pun lalu kebun getah dalam perjalanan balik kampung dari Pasir Puteh, Kelantan ke Perak,” kata Sahara.

“Guna ‘Google Map’ , dia bagi jalan yang ada trafik dan selalu kereta guna. Guna ‘Waze’ memang jalan macam ini lah dapat,” ujar Riza.

“Aku pernah kena benda yang sama. Dia suruh aku seberang sungai sebagai jalan pintas. Memang gila,” luah Sharimah. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 2-7-2023 02:24 PM
Pernah kena.. waze bagi laluan ke hotel hantu
Quote Purplehaz 2-7-2023 07:22 PM
My sis pena kena..nk blk selatan..dr highway dibawanya ikut masuk jln ladang buah naga..jln kebun getah..seram dia ckp..sib baik masih siang. Padahal tmpt nk tuju rumah kaw bandar.
Quote OshinDaSolja 2-7-2023 10:29 PM
so far guna waze ok la xde lg pengalaman yg scary... hari tu dkt hatyai waze ni sgt2 la membantu... siap shortcut bawak msuk jlan2 kampung siam...dpat jgk la tengok rumah2 marhaen penduduk sana... surprisingly sgt2 bersih... sungai pun takde sampah...good job Thai people
Quote SalenaGomez 3-7-2023 11:08 PM
Antifake replied at 2-7-2023 02:24 PM
Pernah kena.. waze bagi laluan ke hotel hantu

SG pon penah kena kat PD

Nak makan kedai tomyam skali dia hantar depan kubur daaa…mujur time tu belum pukul 9pm… tp kawasan tu boleh tahan gelaaaapppp
Quote otai_g 7-7-2023 05:09 PM
Ikut je la jalan hutan tu. Kdng2 mmg btl ada jln short cut tp semak lah skit. Jgn cepat mengelabah blh x?

Aku pun pnh kena nak elak jamed kat highway waze bg jalan lalu lorong2 kecik tepi rmh org, muat 1 kereta je lalu. Dan mmg btl smpi jgk akhirnya.
Quote matseh 7-7-2023 05:16 PM
Dah pernah kena. Jln kelapa sawit lps tu masuk Jln kebun getah cina. Mmg suspen. Tapi akhirnya sampai juga. Yg best tu bukan kete aku sj. Rupa2 ada lagi yg ngikut 3-4 biji lagi.
Aku rasa yg lain2 pun suspen juga. Ye lah hari dah nak Maghrib. Tiba2 masuk jln besar near PD. Aku tukar masuk Plus balik. Sbb suspen kebun getah cina tu.
Quote HuoJingJue 11-7-2023 10:44 AM
aku saspek waze ni hantu punya la..
Quote Clan204 12-7-2023 11:43 AM
kelantan jgn kata waze google map pun pening maa... tah mana2 die tunjuk belakang rumah org pun jadi jalan... nampak sangat tak maju
Quote per706 15-7-2023 02:43 PM
Waze memang gini kan..jalan tikus pon dia layan..tu yg masok serata pelosok kg ke ape2...yg penting smpi cepat elak jam..cuma kalu mlm2,sorang pulak..kot nmpk jalan nk masok tu cam sunyi ke x sedap hati ke..x yah la masok..baek la reramai ber jam dari ko sorang2 mengembara ke alam bunian deq.
Quote Meiizu 16-7-2023 03:09 PM
Waze pernah bawak aku ke kubur cina tetiber tembus nmpk sekolah alice smith & kwsn rumah org????Tengah key el kot adoii
Cilakak waze esok tu aku demam
Quote chiyoasuka 28-7-2023 01:07 AM
mck i pernah kna mcm ni… setengah jam jg putar2 tempat yg sama.. Drg azan trus baru dpt keluar dr tmpt tu..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.145347 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top