CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Ramai Warga Tua Bunuh Diri Di Singapura

2-7-2023 01:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1076| Komen: 10

Singapura: Terdapat 476 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada tahun 2022, tertinggi sejak tahun 2000.

Pusat pencegahan bunuh diri, Samaritans of Singapore (SOS), berkata itu peningkatan 25.9 peratus daripada 378 kes pada tahun 2021.


Pada tahun 2020, 452 kematian bunuh diri dilaporkan dan 400 kes dilaporkan pada tahun 2019.


Daripada jumlah kematian pada taun 2022, 125 membabitkan mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun. Ini 13 kali lebih tinggi berbanding pada tahun 2021 dan satu lagi trend tertinggi sejak tahun 2000, yang menandakan data yang paling awal direkodkan oleh SOS.

SOS berkata, Berita Harian Singapura melaporkan, lebih banyak kes bunuh diri direkodkan di semua peringkat umur dan terutamanya dalam kalangan warga tua, yang mempunyai peningkatan terbesar.

Kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang berumur 70 tahun hingga 79 tahun meningkat daripada 30 kepada 48, peningkatan 60 peratus daripada 2021.


"Usaha bersama untuk menangani punca asas, seperti cabaran kesihatan mental, tekanan sosial dan ketidaktentuan ekonomi, mesti diberi keutamaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SOS, Gasper Tan.

"Kami mengiktiraf keadaan mendesak dan komited untuk terus mengambil langkah proaktif untuk menangani peningkatan jumlah bunuh diri dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan".

Dengan itu, penggunaan perkhidmatan SOS telah meningkat sebanyak 27 peratus pada 2022, termasuk talian hotline 24 jam dan perkhidmatan Whatsapp CareText.

Perkhidmatan itu, bertujuan untuk individu yang mungkin tidak dapat berkongsi pengalaman mereka melalui telefon, yang dimulakan pada tahun 2020.

CareText digunakan sebanyak 11,107 kali pada tahun 2022. Pada tahun yang sama, panggilan bantuan meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada 27,341 daripada 11,591 pada tahun 2020. - AGENSI


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 2-7-2023 01:02 PM
Edited by otai_g at 2-7-2023 01:03 PM

Ketinggalan zaman Singapore ni. Kat msia x payah bunuh diri sbb rmi org x sempat rs tua da meninggal. Faktor gaya hidup Dan pemakanan. Makanan2 kat msia ni mmg stock x nak bg org sempat rs jd tua.

Ni pun tgh hirup kopi Mamu ni. Brp tan gula dia letak dlm da
Quote mojarean_X 2-7-2023 01:39 PM
Siannya. Mesti anak2 sibuk smpi terabai mereka. Jom dtg dok pusat orang tua premium di malaysia
Quote Belibis 2-7-2023 03:33 PM
Elok laa..kurang sikit pencuri petrol subsidi kat jamaica.
Quote SalenaGomez 2-7-2023 03:47 PM
Negara terpaling termaju kekdah nya
Quote nw111 2-7-2023 03:48 PM
otai_g replied at 2-7-2023 01:02 PM
Ketinggalan zaman Singapore ni. Kat msia x payah bunuh diri sbb rmi org x sempat rs tua da meninggal ...

Org msia mmg ramai tak nak hidup lama...epf tak cukup nk tampung hidup lepas pencen..kalau hidup lama sgt nanti merempat.. anak2 pun tak mampu nak tanggung..so sementara muda ni belasah la makanan sedap tapi tak sihat sepuas hati utk memendekkan umur masing2..
Quote otai_g 2-7-2023 04:37 PM
nw111 replied at 2-7-2023 03:48 PM
Org msia mmg ramai tak nak hidup lama...epf tak cukup nk tampung hidup lepas pencen..kalau hidup l ...

Vape Dan rokok jgn dilupa. 1 lg jgn exercise. Lebihkan garam Dan ajinomoto
Quote Decaffeinated 2-7-2023 05:49 PM
Tak kisah nak hidup berapa lama pun dengan syarat ada dua ni

1. Duit
2. Sihat

Kalau takde salah satu elok la mati walau pun muda
Quote sayurmayur88 3-7-2023 01:51 PM
kesian ye kalau dh jd sampai macam ni.
dari segi kemanusiaan, luluh hati iolls dgr..
Quote TomyamPuteh 3-7-2023 02:08 PM
Dh jemu hidup la gamaknya.
Quote tahanie 3-7-2023 02:31 PM
Ye la epf diorang bukan boleh dapat selepuk. Sebab tu kena kerja sampai mati

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063703 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top