View: 920|Reply: 10
|
Lebih Ramai Warga Tua Bunuh Diri Di Singapura
[Copy link]
|
|
Singapura: Terdapat 476 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada tahun 2022, tertinggi sejak tahun 2000.
Pusat pencegahan bunuh diri, Samaritans of Singapore (SOS), berkata itu peningkatan 25.9 peratus daripada 378 kes pada tahun 2021.
Pada tahun 2020, 452 kematian bunuh diri dilaporkan dan 400 kes dilaporkan pada tahun 2019.
Daripada jumlah kematian pada taun 2022, 125 membabitkan mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun. Ini 13 kali lebih tinggi berbanding pada tahun 2021 dan satu lagi trend tertinggi sejak tahun 2000, yang menandakan data yang paling awal direkodkan oleh SOS.
SOS berkata, Berita Harian Singapura melaporkan, lebih banyak kes bunuh diri direkodkan di semua peringkat umur dan terutamanya dalam kalangan warga tua, yang mempunyai peningkatan terbesar.
Kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang berumur 70 tahun hingga 79 tahun meningkat daripada 30 kepada 48, peningkatan 60 peratus daripada 2021.
"Usaha bersama untuk menangani punca asas, seperti cabaran kesihatan mental, tekanan sosial dan ketidaktentuan ekonomi, mesti diberi keutamaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SOS, Gasper Tan.
"Kami mengiktiraf keadaan mendesak dan komited untuk terus mengambil langkah proaktif untuk menangani peningkatan jumlah bunuh diri dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan".
Dengan itu, penggunaan perkhidmatan SOS telah meningkat sebanyak 27 peratus pada 2022, termasuk talian hotline 24 jam dan perkhidmatan Whatsapp CareText.
Perkhidmatan itu, bertujuan untuk individu yang mungkin tidak dapat berkongsi pengalaman mereka melalui telefon, yang dimulakan pada tahun 2020.
CareText digunakan sebanyak 11,107 kali pada tahun 2022. Pada tahun yang sama, panggilan bantuan meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada 27,341 daripada 11,591 pada tahun 2020. - AGENSI
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by otai_g at 2-7-2023 01:03 PM
Ketinggalan zaman Singapore ni. Kat msia x payah bunuh diri sbb rmi org x sempat rs tua da meninggal. Faktor gaya hidup Dan pemakanan. Makanan2 kat msia ni mmg stock x nak bg org sempat rs jd tua.
Ni pun tgh hirup kopi Mamu ni. Brp tan gula dia letak dlm da  |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya. Mesti anak2 sibuk smpi terabai mereka. Jom dtg dok pusat orang tua premium di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Elok laa..kurang sikit pencuri petrol subsidi kat jamaica. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara terpaling termaju kekdah nya |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 2-7-2023 01:02 PM
Ketinggalan zaman Singapore ni. Kat msia x payah bunuh diri sbb rmi org x sempat rs tua da meninggal ...
Org msia mmg ramai tak nak hidup lama...epf tak cukup nk tampung hidup lepas pencen..kalau hidup lama sgt nanti merempat.. anak2 pun tak mampu nak tanggung..so sementara muda ni belasah la makanan sedap tapi tak sihat sepuas hati utk memendekkan umur masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 2-7-2023 03:48 PM
Org msia mmg ramai tak nak hidup lama...epf tak cukup nk tampung hidup lepas pencen..kalau hidup l ...
Vape Dan rokok jgn dilupa. 1 lg jgn exercise. Lebihkan garam Dan ajinomoto |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah nak hidup berapa lama pun dengan syarat ada dua ni
1. Duit
2. Sihat
Kalau takde salah satu elok la mati walau pun muda
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian ye kalau dh jd sampai macam ni.
dari segi kemanusiaan, luluh hati iolls dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh jemu hidup la gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la epf diorang bukan boleh dapat selepuk. Sebab tu kena kerja sampai mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|