Ipoh: Padah mengutip bayaran parkir secara haram, tujuh lelaki ditahan polis dalam operasi khas yang diadakan di sekitar bandar raya ini selama dua hari sejak semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 66 tahun.
Katanya, tangkapan ke atas semua suspek dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (gangguan dan desakan menyalahi undang-undang). “Polis memandang serius masalah penjaga parkir haram di kawasan tumpuan di sekitar pusat bandar Ipoh hingga mendatangkan gangguan kepada orang awam dan pelancong.
“Operasi-operasi khas terhadap penjaga parkir haram ini diadakan berterusan malah sejak Januari lalu, kita telah berjaya menghasilkan 42 tangkapan,” katanya di sini hari ini. Sumber: Kosmo! Online
|
hokeypokey replied at 2-7-2023 08:00 AM
bahaya geng ni, kang tanak byr dicalarkan plak kereta
diadakan berterusan malah sejak Januari lalu, kita telah berjaya menghasilkan 42 tangkapan
SalenaGomez replied at 2-7-2023 08:48 AM
Iya lah…pastu kita kena bayar 2 , satu kat gang ni satu lg pada majlis perbandaran juga
Decaffeinated replied at 2-7-2023 12:07 PM
Biasanya dorang operate masa majlis tak kutip kan?
ADVERTISEMENT