CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 7

Tujuh Lelaki Ditahan Kutip Duit Parkir Haram

[Copy link]
Post time 1-7-2023 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Padah mengutip bayaran parkir secara haram, tujuh lelaki ditahan polis dalam operasi khas yang diadakan di sekitar bandar raya ini selama dua hari sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 66 tahun.


ANTARA individu yang diberkas dalam operasi khas penjaga parkir haram di sekitar bandar raya Ipoh sejak semalam.





Katanya, tangkapan ke atas semua suspek dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (gangguan dan desakan menyalahi undang-undang).


“Polis memandang serius masalah penjaga parkir haram di kawasan tumpuan di sekitar pusat bandar Ipoh hingga mendatangkan gangguan kepada orang awam dan pelancong.


“Operasi-operasi khas terhadap penjaga parkir haram ini diadakan berterusan malah sejak Januari lalu, kita telah berjaya menghasilkan 42 tangkapan,” katanya di sini hari ini.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bahaya geng ni, kang tanak byr dicalarkan plak kereta
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 2-7-2023 08:00 AM
bahaya geng ni, kang tanak byr dicalarkan plak kereta

Iya lah…pastu kita kena bayar 2 , satu kat gang ni satu lg pada majlis perbandaran juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Payah nak sangkut kes ni....dah berpuluh thn dah ....kalau jaga parking tu taik pet mungkin blh sangkut tp atas dakwaan lain la
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 12:00 PM | Show all posts
food court sebelah convent tu mcm celaka je puak2 tu charge sampai 2 hengget.dahla jalan tu pun  berlubang2 teruk  mcm celaka jugak.polis berani tangkap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 12:07 PM | Show all posts
diadakan berterusan malah sejak Januari lalu, kita telah berjaya menghasilkan 42 tangkapan

dari bulan Januari sampai sekarang dapat tangkap 42 ja? Orang yang sama ka lain2?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2023 12:07 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 2-7-2023 08:48 AM
Iya lah…pastu kita kena bayar 2 , satu kat gang ni satu lg pada majlis perbandaran juga

Biasanya dorang operate masa majlis tak kutip kan?

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-7-2023 12:07 PM
Biasanya dorang operate masa majlis tak kutip kan?

Xtahu lah time bila majlis kutip. Tp naya nak bayar 2 kali…skrg ni byk tempat bayar online je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 1.732670 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list