Penyanyi terkenal, Ziana Zain memaklumkan dia memilih untuk berduet dengan pendatang baru, Hasif Upin menerusi single terbarunya berjudul Waktu kerana mahu memberi peluang dan ruang kepada bakat baru dalam industri muzik tanah air.
Menurut Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 55, dia bersetuju untuk berkolaborasi dengan Hasif yang juga penyanyi baru dan tiktokers kerana percaya dengan bakatnya. "Saya nampak bakat Hasif dari segi kualiti vokal dan kesungguhan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air. "Semangat dan kerajinannya harus dipuji dan saya secara peribadi suka dengan kesungguhannya itu. "Ini juga salah satu sokongan saya sebagai artis yang berpengalaman untuk beri ruang dan peluang kepada bakat baru seperti Hasif untuk lebih dikenali ramai," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Ziana yang lebih mesra disapa Kak Gee berkata, dia tampil memberi penjelasan terbabit kerana ada pihak yang mempersoalkan gandingan duetnya dengan Hasif itu.
Lagu duet Ziana dengan Hasif berjudul Waktu itu juga sentuhan komposer meningkat naik, Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat.
|
OshinDaSolja replied at 1-7-2023 03:37 PM
Ziana Zain ni antara penyanyi wanita yg aku minat dari segi kualiti vokal... susah nk cari suara mcm ...
ashilalat replied at 1-7-2023 03:49 PM
Kalau nak carik kualiti vokal macam nek jena, pi panggil balik retis⅔ sinaran pasport kegemilanga ...
dudaberhias replied at 1-7-2023 03:52 PM
kaka iols rasa better acik ziana ni duet dengan bnnu tak femes macamni...sebab kalau lagu ni flop ...
lovelytouch replied at 1-7-2023 04:27 PM
Haha khenn akaq setuju pendapat deknon 15 tahun peminat kena scam tup2 keluar lagu duet lagu nan h ...
ADVERTISEMENT