CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 10

Ziana Zain Duet Dengan Penyanyi Baharu, Mahu Beri Ruang Dan Peluang

[Copy link]
Post time 1-7-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi terkenal, Ziana Zain memaklumkan dia memilih untuk berduet dengan pendatang baru, Hasif Upin menerusi single terbarunya berjudul Waktu kerana mahu memberi peluang dan ruang kepada bakat baru dalam industri muzik tanah air.


Menurut Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 55, dia bersetuju untuk berkolaborasi dengan Hasif yang juga penyanyi baru dan tiktokers kerana percaya dengan bakatnya.






"Saya nampak bakat Hasif dari segi kualiti vokal dan kesungguhan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air.


"Semangat dan kerajinannya harus dipuji dan saya secara peribadi suka dengan kesungguhannya itu.


"Ini juga salah satu sokongan saya sebagai artis yang berpengalaman untuk beri ruang dan peluang kepada bakat baru seperti Hasif untuk lebih dikenali ramai," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.


Ziana yang lebih mesra disapa Kak Gee berkata, dia tampil memberi penjelasan terbabit kerana ada pihak yang mempersoalkan gandingan duetnya dengan Hasif itu.


Lagu duet Ziana dengan Hasif berjudul Waktu itu juga sentuhan komposer meningkat naik, Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat.


  



Kata Ziana, selepas hampir 15 tahun, dia tidak ada single baru, pastinya lagu duet terbaru itu dinantikan peminatnya.


"Namun, ramai yang memberi kritikan dan juga mengecam di laman Instagram (IG) saya serta mempertikaikan kenapa saya berduet bersama pendatang baru seperti Hasif?


"Ada yang mempersoalkan kenapa saya tidak berkolaborasi  dengan artis-artis gred A yang lain.


"Justeru, semoga penjelasan ini dapat menjawab segala persoalan dari netizen di laman sosial itu," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sgt ke ZZ ni nk dpt lagu bermutu dan sedap tapi SOLO? agak kecewa ye tup2 kluar lagu duet.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annadonna at 1-7-2023 02:12 PM

Sebenarnya itulah strategi yg bagus. Duet dengan penyanyi baru. Artis baru boleh dikenali short cut, artis lama dapat peminat baru. Win win situation. Nak kekal dalam industri seni ni kena relevan and lebih baiklah relevan kerana produk seni bukan isu isu aib. Siti suka buat mcm ni tapi haters tak suka. Menunggang artis baru katanya Lebih baik buat gini drpd buat kontroversi kat socmed. Bukan semua bertuah mcm Aina Abdul. Ada artis suara bagus macamana pun tapi tak boleh maintain the relevancy. Alih alih hari dia mati ajelah orang sebut namanya balik. Sad but true.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ziana Zain ni antara penyanyi wanita yg aku minat dari segi kualiti vokal... susah nk cari suara mcm beliau ni zaman sekarang... lg sorang Ella...dua2 legend terbaikk
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 1-7-2023 03:37 PM
Ziana Zain ni antara penyanyi wanita yg aku minat dari segi kualiti vokal... susah nk cari suara mcm ...

Kalau nak carik kualiti vokal macam nek jena, pi panggil balik retis⅔ sinaran pasport kegemilangan dlu. Sure dapat berlambak

By the way..sedih ye, lepas berpuluh tahun x de single, tiber muncul single duet jah. Dah la duet dgn bbnu x femes langsung. Kalau bbnu femes mcm Khai ke, Qimros ke oklah juga. Ni x kenal pon. Plus lagu nya pon biasa² je, x best pon. Sedihnya la hai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 03:52 PM | Show all posts
ashilalat replied at 1-7-2023 03:49 PM
Kalau nak carik kualiti vokal macam nek jena, pi panggil balik retis⅔ sinaran pasport kegemilanga ...

kaka iols rasa better acik ziana ni duet dengan bnnu tak femes macamni...sebab kalau lagu ni flop dan tak sedap kita boleh pitenah teman duet kita tu penyebabnya...
begitulah yang iols buat dalam group kerja sekolah dulu...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lovelytouch at 1-7-2023 04:29 PM
dudaberhias replied at 1-7-2023 03:52 PM
kaka iols rasa better acik ziana ni duet dengan bnnu tak femes macamni...sebab kalau lagu ni flop  ...


Haha khenn akaq setuju pendapat deknon 15 tahun peminat kena scam tup2 keluar lagu duet lagu nan hadooo kalau sedap x apa ni genre slow rock tibahhh...bbnu pun upin ipin sedehhhh dah boleh bungkus lagu ni yacchh. Promo boleh kata beria tapi antiklimaks poster lagu pun sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 06:09 PM | Show all posts
lovelytouch replied at 1-7-2023 04:27 PM
Haha khenn akaq setuju pendapat deknon 15 tahun peminat kena scam tup2 keluar lagu duet lagu nan h ...

aahahaha khennn...iols pun rasa macam single ni bakalan flop jadi mujur acik diva ziana zain memilih untuk berduet dengan retis bbnu sendu...

kurang2 boleh jadi mangsa pitenah kalau lagu tu tak sedap...

kalau lagu tu sedap confirm dia dah duet dengan bbnu popular contohnya intan payung dari mek ani semput tu...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenya meolz je yg tk trkejut kak zz brduet gn hasif bcoz meolz dh dapat agak sheolz brduet gn hasif slps show korporat lagu senja nan merah hasif x ziana then  hasif slalu mencemar duli komen di ig kak zz smpaile kak zz mncemar duli g kelas vokal cikgu shafi n hasif juga ada disitu.. So meolz dh agak kak zz nk rkam lagu gn bbnu ini..whatsoeber meolz melihat kak zz bersungguhn budak bbnu nih ada kesungguhan  utk lagu ini siap pergi kelas vokal ckgu shafin ditinger meolz lagu ni mega n cepat trtusuk jiwa meolz
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jer lagu ni.
Tak sabar nak dgr diorang perform live.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fazamania replied at 1-7-2023 06:38 PM
Ok jer lagu ni.
Tak sabar nak dgr diorang perform live.

Tu la I suka je lagu ni.. dh blh sing along.. ehehe.. Carta itunes arini pun kat posisi no. 3.. lagu romansa tokti pun cicir jauh ke posisi 18..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049709 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list