CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Lelaki Bawa 7 Kanak-Kanak Bonceng Skuter

27-6-2023 11:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 442| Komen: 4

New Delhi, India – Polis Mumbai menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kelmarin  atas dakwaan cubaan membunuh selepas sebuah video menunjukkan dia menunggang skuter bersama tujuh kanak-kanak tular di media sosial, lapor laman berita The Indian Express.


Pada 20 Jun lalu, seorang pengguna Twitter bernama Sohail Qureshi memuat naik klip video memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak.

Seorang pengguna Twitter bernama Sohail Qureshi memuat naik klip video yang memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak. – Twitter

“Lelaki tidak bertanggungjawab ini menunggang motosikal bersama tujuh kanak-kanak. Dia perlu ditahan segara kerana merisikokan nyawa mereka. Ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu didakwa,” demikian menurut keterangan pada hantaran berkenaan.


Hantaran itu  mendapat perhatian pihak berkuasa dengan polis Mumbai membuka kertas siasatan  di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 308 (cubaan membunuh) di Balai Polis Tardeo, demikian menurut  inspektor kanan polis, Vivek Shende.

“Jangan menunggang seperti ini. Penunggang motosikal ini meletakkan nyawa pembonceng kanak-kanak dan orang lain dalam bahaya. Ia kesalahan serius di bawah Seksyen 398,” kata polis trafik Mumbai menerusi hantaran di laman Twitter. – Agensi 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 27-6-2023 11:44 PM
Walau sesusah mana kehidupan kita, jangan sesekali mengabaikan keselamatan anak-anak.
Quote ketambangkang 28-6-2023 08:46 AM
tgk dorg naik ketapi lagi seram, selagi boleh tenggek atas bumbung tu
Quote prettyuglybabe 28-6-2023 10:47 AM
kalau jatuh kira strike tu...
Quote afie_m 28-6-2023 10:58 AM
selagi boleh, risau tengok.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.026602 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top