CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 4

Polis Tahan Lelaki Bawa 7 Kanak-Kanak Bonceng Skuter

[Copy link]
Post time 27-6-2023 11:39 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi, India – Polis Mumbai menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kelmarin  atas dakwaan cubaan membunuh selepas sebuah video menunjukkan dia menunggang skuter bersama tujuh kanak-kanak tular di media sosial, lapor laman berita The Indian Express.


Pada 20 Jun lalu, seorang pengguna Twitter bernama Sohail Qureshi memuat naik klip video memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak.


Seorang pengguna Twitter bernama Sohail Qureshi memuat naik klip video yang memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak. – Twitter




“Lelaki tidak bertanggungjawab ini menunggang motosikal bersama tujuh kanak-kanak. Dia perlu ditahan segara kerana merisikokan nyawa mereka. Ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu didakwa,” demikian menurut keterangan pada hantaran berkenaan.


Hantaran itu  mendapat perhatian pihak berkuasa dengan polis Mumbai membuka kertas siasatan  di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 308 (cubaan membunuh) di Balai Polis Tardeo, demikian menurut  inspektor kanan polis, Vivek Shende.


“Jangan menunggang seperti ini. Penunggang motosikal ini meletakkan nyawa pembonceng kanak-kanak dan orang lain dalam bahaya. Ia kesalahan serius di bawah Seksyen 398,” kata polis trafik Mumbai menerusi hantaran di laman Twitter. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 11:44 PM | Show all posts
Walau sesusah mana kehidupan kita, jangan sesekali mengabaikan keselamatan anak-anak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:46 AM | Show all posts
tgk dorg naik ketapi lagi seram, selagi boleh tenggek atas bumbung tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:47 AM | Show all posts
kalau jatuh kira strike tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:58 AM | Show all posts
selagi boleh, risau tengok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.138409 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list