Pelakon dan penyanyi Izzue Islam meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sederhana dan cukup memahami dirinya. Kata Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, isterinya iaitu Awin Nurin tidak pernah mengharapkan balasan setiap kali melakukan pengorbanan dalam rumah tangga mereka.
"Saya bersyukur memperisterikan dia... dia tak pernah minta bukan-bukan. Siapa yang mengenali isteri saya mesti tahu! "Isteri saya ni kalau dia berkorban untuk orang tak apa, tapi kalau orang nak buat untuk dia, dia tak mahu pula. "Kalau nak sesuatu pun dia akan beli guna duit simpanannya sendiri. Saya untung dapat dia! InsyaAllah cinta saya akan sentiasa hidup untuknya," katanya kepada mStar. Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui di Pushbike Championship 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor. Berkongsi mengenai sikap isterinya, Izzue memberitahu Awin sentiasa membuat kejutan setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya.
|
ADVERTISEMENT