Namun apabila tiba gilirannya, Awin memilih untuk mengutamakan hal kerja dan mahu disambut secara sederhana sahaja.
Malah ulang tahun kelahiran isterinya baru-baru ini juga masih belum diraikan kerana mereka terlalu sibuk bekerja.
"Saya tak pernah lupa hari lahirnya cuma saya terlalu sibuk kerja. Saya mengaku tak sempat nak beli hadiah tapi dia tak kisah dan minta saya utamakan kerja dahulu.
"Kami selesa hidup sederhana, kadang-kadang hari jadi dah lepas barulah dapat hadiah. Apabila hari jadi saya, kami sambut tapi bila tiba giliran dia pula tak mahu.
"Terpaksalah saya rancang buat kejutan untuk isteri," ujarnya.
Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: mStar