Kota Bharu: Bapa angkat kepada seorang wanita bukan Islam berusia 35 tahun yang dikenakan kompaun Sabtu lalu kerana berpakaian tidak sopan dan berseluar pendek memohon agar isu tersebut tidak dijadikan bahan politik.
See Yeap Seng, 51, menganggap isu itu sudah selesai selepas membayar kompaun sebanyak RM50, pagi hari ini. Katanya, dia menerima banyak panggilan berhubung isu tersebut termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman amun menolak kerana menyifatkan ramai pihak cuba mengambil kesempatan apatah lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan tidak lama lagi. "Saya sudah membayar kompaun yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terhadap anak saya dan saya mohon isu ini tidak dipolitikkan".
"Saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, pada awalnya ketika anaknya dikenakan kompaun, dia sendiri agak keliru memandangkan kedai bajunya menjual pakaian wanita Cina dan tidak didatangi pengunjung Melayu atau lelaki. "Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada MPKB berhubung pemakaian yang dianggap seksi dan perkara itu juga sudah terjawab selepas saya mengadakan pertemuan dengan pihak MPKB. "Saya tidak menganggap apa yang berlaku isu perkauman sebaliknya saya hanya mahukan pencerahan. Saya tinggal di Kelantan sejak sekian lama dan tidak pernah rasis. "Ada orang kata saya rasis, namun orang yang kenal saya mereka tahu saya bagaimana. Saya mempunyai kedai kopi di Taman Maju dan kedai saya turut menyediakan surau untuk pengunjung beragama Islam," katanya. Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita bukan Islam dikompaun oleh MPKB kerana berpakaian tidak sopan dengan berseluar pendek di tempat awam. Sumber: Harian Metro |
Tinot7 replied at 28-6-2023 06:37 AM
Satt.. dia amik anak angkat masa umo 16?
wikedsaikel replied at 28-6-2023 08:22 AM
Anak orang dia kenal kot? Tak pon jumpa depan gate rumah.
Decaffeinated replied at 28-6-2023 10:28 AM
Dikelilingi taliban ready to prance what do you expect apek ni akan buat. Dalam hati dia tuhan saja ...
Perwira2022 replied at 28-6-2023 10:33 AM
Pernah ada penduduk non Muslim yg menentang Taliban Kelate kena pukul, kena rogol, kena bunuh, pre ...
ADVERTISEMENT