CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2417|Reply: 40

'Jangan Politikkan Isu Anak Saya' - Bapa Angkat Wanita Berpakaian Tidak Sopan Dah Bayar Kompaun

[Copy link]
Post time 27-6-2023 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Bapa angkat kepada seorang wanita bukan Islam berusia 35 tahun yang dikenakan kompaun Sabtu lalu kerana berpakaian tidak sopan dan berseluar pendek memohon agar isu tersebut tidak dijadikan bahan politik.


See Yeap Seng, 51, menganggap isu itu sudah selesai selepas membayar kompaun sebanyak RM50, pagi hari ini.


Katanya, dia menerima banyak panggilan berhubung isu tersebut termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman amun menolak kerana menyifatkan ramai pihak cuba mengambil kesempatan apatah lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan tidak lama lagi.


See, bapa angkat kepada wanita Cina yang dikenakan kompaun akibat berpakaian tidak sopan membayar kompaun di pejabat MPKB pagi tadi. FOTO Ihsan See Yeap Seng





"Saya sudah membayar kompaun yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terhadap anak saya dan saya mohon isu ini tidak dipolitikkan".


"Saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, pada awalnya ketika anaknya dikenakan kompaun, dia sendiri agak keliru memandangkan kedai bajunya menjual pakaian wanita Cina dan tidak didatangi pengunjung Melayu atau lelaki.


"Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada MPKB berhubung pemakaian yang dianggap seksi dan perkara itu juga sudah terjawab selepas saya mengadakan pertemuan dengan pihak MPKB.


"Saya tidak menganggap apa yang berlaku isu perkauman sebaliknya saya hanya mahukan pencerahan. Saya tinggal di Kelantan sejak sekian lama dan tidak pernah rasis.


"Ada orang kata saya rasis, namun orang yang kenal saya mereka tahu saya bagaimana. Saya mempunyai kedai kopi di Taman Maju dan kedai saya turut menyediakan surau untuk pengunjung beragama Islam," katanya.


Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita bukan Islam dikompaun oleh MPKB kerana berpakaian tidak sopan dengan berseluar pendek di tempat awam.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Ni cino kelate ko?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak Uncle See!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nangis bucu lemari ler komeng..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapig dan walanon yg nak tunggang isu aurat ni semata nak hentam lobai pas TERCIDUK teruk ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 09:02 PM | Show all posts
terbaik uncle..... jangan bagi muka sangat ke polishitians... bab ni laju nyibuk, bab lain2 melibatkan nyawa tiba2 bisu buta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak angkat..takut anak dia C dari sanaa ja.......krik2
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Satt.. dia amik anak angkat masa umo 16?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecewa macai2 pentaksub gay tua..... Baru ingat nak tunggang isu ni jadi modal PRN kahkahkahkahkah.... Sekali Apek Cina ni siap puji secara halus pulak selama ni dia hidup & berniaga aman damai je di Kelantan, tak kena racism pun wakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Well said uncle ..jgn main2 org cino kelate meme sokong pas...sampai bilo bilo
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 07:57 AM | Show all posts
Cina kelantan jauh beza dgn cina negeri lain..siap dieorg boleh ckp kelantan lg..dieorg lg tenang duduk sana walaupn pemerintah bukan bangsa dieorg sbb mana ada kongsi2 gelap bangsa dieorg kt sana nk kacau bisnes dieorg, melainkan puak siam..tu pn sibuk "brperang" kt sempadan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Msia ni semua bnd nak dipolitikkan. Kucing Mati kena racun pun kalo blh nak dipolitikkan.

Teruk sgt dah mentaliti politician msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:09 AM | Show all posts
"Katanya, dia menerima banyak panggilan berhubung isu tersebut termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman".

Ape benda la orang2 politik ni. Kat sana pakai camtu salah, kena saman, dah! Pandai la orang tu bayar saman. Lain la kalau dia dekat KL pakai gitu kena saman. Dah kenapa pulak kan?? Orang tu aman2 je dah paham benda tu salah & pegi bayar kompoun, setel masalah. Datang puak2 politaik ni nak besar2 kan isu ni.


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 28-6-2023 06:37 AM
Satt.. dia amik anak angkat masa umo 16?

Anak orang dia kenal kot? Tak pon jumpa depan gate rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 28-6-2023 08:22 AM
Anak orang dia kenal kot? Tak pon jumpa depan gate rumah.

Umo 16 tapi nak pikul tanggungjawab utk jaga.. besaq tanggungjawab tu.. atopon umo dia dah 20an dan org minta jaga anak yg masih budak2...  instant bapa jadinya.. tak semua org sanggup buat cenggini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:55 AM | Show all posts
kelate ni 1 je yg aku puji
rakyat dia harmoni
bukan cina saja, india pun pandai kecek sskjp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 10:18 AM | Show all posts
hahaahahahahahahahahahahaha
baru nak tunggang isu da terciduk
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:28 AM | Show all posts
Dikelilingi taliban ready to prance what do you expect apek ni akan buat. Dalam hati dia tuhan saja yang tahu

Ofkos lah beliau akan dipuji2

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-6-2023 10:28 AM
Dikelilingi taliban ready to prance what do you expect apek ni akan buat. Dalam hati dia tuhan saja  ...

Pernah ada penduduk non Muslim yg menentang Taliban Kelate kena pukul, kena rogol, kena bunuh, premis kedai kena bakar, kena diskriminasi ke? Rasanya dah 33 tahun kot Taliban memerintah Kelate tu.... Boleh bagi atleast 1 kes ke..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:38 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 28-6-2023 10:33 AM
Pernah ada penduduk non Muslim yg menentang Taliban Kelate kena pukul, kena rogol, kena bunuh, pre ...

Tak payah tunggu kena rogol, kena halang nak pakai apa ko nak pun satu bentuk penderaan mental.

Cer terbalik kan senario kerajaan kapir pi saman minoriti muslim nak pakai tudung alasan menyalahi undang2 (reads tak sesuai tekak dia) how? Boleh terbalik dunia kan?

But as usual la... itu laennn



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.085121 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list