Penduduk di sekitar lembah Klang, Selangor kecewa pusat rekreasi terkenal, Taman Rakyat Klang dikatakan sudah semakin kotor dan dicemari dengan haiwan anjing liar. Kemudahan seperti tempat duduk dan alat permainan kanak-kanak di situ dipenuhi haiwan berkenaan.
Malah beberapa kemudahan awam sudah rosak dan dicemari dengan anjing yang tidur di tempat berkenaan. Dalam pada itu, salah seorang pengunjung di taman tersebut menjelaskan bahawa ada individu yang gemar memberi makanan kepada anjing di situ yang sekali gus menjadi sumber makanan haiwan terbabit. "Ada yang beri mereka makan setiap hari, jadi anjing itu semua boleh hidup dan beranak pinak sampai jadi berkelompok dah haiwan itu. "Tak salah kalau nak beri makan tapi biar kena pada tempat, ini pusat rekreasi dan pengunjung yang datang dari pelbagai kaum jadi bukan semua yang selesa bila ada anjing.
"Saya sendiri dah takut nak bawa anak-anak bermain di taman situ, terlalu penuh dengan anjing liar yang menakutkan macam kandang anjing," ujarnya kepada Majoriti. Kemudahan awam seperti pondok, kerusi dan permainan kanak-kanak juga turut mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung dengan ia dikatakan sering menjadi tempat tidur hidupan anjing berkenaan. Kemudahan tempat duduk dan peralatan rekreasi yang sudah dicemari dengan tempat tidur hidupan anjing di Taman Rakyat, Klang. Selain itu, golongan peniaga di tempat tersebut juga tidak ketinggalan dalam meluahkan rasa kecewa berhubung hal itu. Aisyah Yazid, 38, yang merupakan peniaga di sebuah gerai berhampiran pusat rekreasi berkenaan juga pernah berhadapan dengan isu anjing liar yang menerjah masuk ke kawasan dapur premisnya. "Kedai saya pernah dicerobohi anjing liar, habis barangan dapur dia makan dan terpaksa menanggung kos kerugian. "Kami peniaga Melayu, jadi haiwan anjing memang tak boleh nak pegang dan barangan semua kami terpaksa cuci dengan air samak, kalau masih berterusan memang tak boleh nak berniaga kami macam ini," katanya. Difahamkan, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini pernah menjalankan operasi menangkap anjing liar di lokasi tersebut namun, situasi itu kembali berulang selepas beberapa bulan. Desakan pengunjung di kawasan tersebut mengharapkan agar pihak berwajib menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa agar isu terbabit tidak berlarutan dan merosakkan imej Taman Rakyat sebagai pusat tarikan rekreasi di bandar Klang. — CARI Sumber: Majoriti
|
kelapaparut replied at 27-6-2023 06:25 PM
bangse ape suke bg mkn anjing ni
bakingsoda replied at 27-6-2023 05:55 AM
aniing beranak pinak sbb tak mandulkan bukan sbb bagi makan la bengap. kalau makcik ni pegi melancon ...
FOTHER-MUCKER replied at 27-6-2023 06:40 AM
Dan lagi satu di tempat pelancongan dan amat memalukan ......
ADVERTISEMENT