CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1407|Reply: 20

Taman Rakyat Klang Semakin Kotor, Banyak Kemudahan Rosak, Penuh Anjing, "Puncanya Ramai Bagi Makan Pada Binatang, Habis Beranak-Pinak"

[Copy link]
Post time 27-6-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk di sekitar lembah Klang, Selangor kecewa pusat rekreasi terkenal, Taman Rakyat Klang dikatakan sudah semakin kotor dan dicemari dengan haiwan anjing liar.


Kemudahan seperti tempat duduk dan alat permainan kanak-kanak di situ dipenuhi haiwan berkenaan.


Malah beberapa kemudahan awam sudah rosak dan dicemari dengan anjing yang tidur di tempat berkenaan.



Foto: Majoriti





Dalam pada itu, salah seorang pengunjung di taman tersebut menjelaskan bahawa ada individu yang gemar memberi makanan kepada anjing di situ yang sekali gus menjadi sumber makanan haiwan terbabit.


"Ada yang beri mereka makan setiap hari, jadi anjing itu semua boleh hidup dan beranak pinak sampai jadi berkelompok dah haiwan itu.


"Tak salah kalau nak beri makan tapi biar kena pada tempat, ini pusat rekreasi dan pengunjung yang datang dari pelbagai kaum jadi bukan semua yang selesa bila ada anjing.


"Saya sendiri dah takut nak bawa anak-anak bermain di taman situ, terlalu penuh dengan anjing liar yang menakutkan macam kandang anjing," ujarnya kepada Majoriti.


Kemudahan awam seperti pondok, kerusi dan permainan kanak-kanak juga turut mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung dengan ia dikatakan sering menjadi tempat tidur hidupan anjing berkenaan.


Kemudahan tempat duduk dan peralatan rekreasi yang sudah dicemari dengan tempat tidur hidupan anjing di Taman Rakyat, Klang.


Selain itu, golongan peniaga di tempat tersebut juga tidak ketinggalan dalam meluahkan rasa kecewa berhubung hal itu.


Aisyah Yazid, 38, yang merupakan peniaga di sebuah gerai berhampiran pusat rekreasi berkenaan juga pernah berhadapan dengan isu anjing liar yang menerjah masuk ke kawasan dapur premisnya.


"Kedai saya pernah dicerobohi anjing liar, habis barangan dapur dia makan dan terpaksa menanggung kos kerugian.


"Kami peniaga Melayu, jadi haiwan anjing memang tak boleh nak pegang dan barangan semua kami terpaksa cuci dengan air samak, kalau masih berterusan memang tak boleh nak berniaga kami macam ini," katanya.


Difahamkan, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini pernah menjalankan operasi menangkap anjing liar di lokasi tersebut namun, situasi itu kembali berulang selepas beberapa bulan.


Desakan pengunjung di kawasan tersebut mengharapkan agar pihak berwajib menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa agar isu terbabit tidak berlarutan dan merosakkan imej Taman Rakyat sebagai pusat tarikan rekreasi di bandar Klang. — CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh andalas ku...mmg makin kepam pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni taman yang dekat istana dan klinik anika tu ke? Kaka pernah pi sekali rasa seram dengan pokok besar berjuntai2 daun
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bangse ape suke bg mkn anjing ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:18 PM | Show all posts
Patut start potong mana patut anjing liar ni jangan kasi membiak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Klang- ghetto Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2023 07:28 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 27-6-2023 06:25 PM
bangse ape suke bg mkn anjing ni

bangsa yang ada ehsan terhadap binatang lah

ada juga bangsa yang diajar nampak anjing sila baling dgn kayu

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah hasil golongan pencinta haiwan yg bodoh & berfikir guna emosi bukan akal rasional. Bagi makan  anjing liar konon-konon terpaling hati mulia, terpaling penyayang... Tapi bodoh tak fikir kesan buruk jangka panjang.

Bila dicadangkan anjing & kucing liar patut ditangkap, dimatikan secara humane, kemudian diproses menjadi protein haiwan2 karnivor dalam zoo (harimau, singa etc), golongan bangsat ni meroyan membantah.... Suruh ambik anjing & kucing liar tu bela kat rumah dorang, tak nak pulak.... Bodoh & selfish  punya pencinta haiwan berfikiran sempit!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 07:33 PM | Show all posts
Kenapa salahkan orang yang bagi makan? Cara nak control population ialah mandulkan bukan biarkan mati kebuluran.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:38 PM | Show all posts
ini bukan pasal anjing tapi ......



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:40 PM | Show all posts
Dan lagi satu di tempat pelancongan dan amat memalukan ......


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta tolong org vietnam tangkap buat menu rahmah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku patut ditangkap anjing tu kasi suntikan bg mati je....

Tapi tu la nanti ramai pencinta haiwan lahanat bantah, marah..

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aniing beranak pinak sbb tak mandulkan bukan sbb bagi makan la bengap. kalau makcik ni pegi melancong turki kebetulan bas yg dia naik anjing tumpang agak2 berani ke suruh halau anjing tu sedangkan orang tempatan ok je?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak call jabatan ke suruh tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 07:46 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 27-6-2023 05:55 AM
aniing beranak pinak sbb tak mandulkan bukan sbb bagi makan la bengap. kalau makcik ni pegi melancon ...

Orang Turki memang sayang anjing dan kucing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 07:50 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-6-2023 06:40 AM
Dan lagi satu di tempat pelancongan dan amat memalukan ......

Monyet monyet kat situ lagi menakutkan dari anjing.
Selamba badak monyet pi sambar lollipop anak, Melaung Budak tu terperanjat, nasib baik tak dicakar...

Lepas tu kat tangga pun menakutkan dengan monyet merata.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Binatang2 sudah x pandai cari mknn sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 09:30 AM | Show all posts
ramai pencinta haiwan yg bagi makan pada anjing jalanan.. kucing jalanan.. even monyet2 pon dibagi makan.. memangla tu sifat ehsan kepada binatang.. tapi kesan dia tak elok..

monyet bukan secara alaminya dibagi makan mcm tu.. dia kena cari makan sendiri.. ini dah diberi makan kat situ.. memang berkampung la dia kat situ.. takdela dia nk lari balik ke belukar ke apa.. hutang maybe dah takde..

anjing2 pon kalau takat sekor dua.. bole la lagi... ini kalau dah beranak pinak.. sekumpulan.. tak sesuai la..

kat ofis aku ni ada satu chinese lady rajin bagi makan kt anjing2 liar.. tapi dia letak makanan kt koridor ofis orang.. dah kotor kt situ.. bekas makanan.. sisa makanan.. siap pakej berak kencing..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:42 AM | Show all posts
u gotta be cruel to make things back in order.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.945812 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list