Keutamaan terhadap karier seni membuatkan penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau Lizzy, 30, terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki cahaya mata pada tahun ini. Elizabeth berkata, dia sebenarnya sudah merancang untuk hamil dan menimang cahaya mata pada tahun ini kerana usianya semakin meningkat.
"Saya sebenarnya amat inginkan anak lebih-lebih lagi pada usia sekarang yang bakal menginjak 30 tahun. Tapi saya khuatir tak dapat bekerja untuk tempoh lama, selain tawaran lakonan yang mana mungkin berubah selepas bergelar seorang ibu nanti. "Tak pastilah apa yang patut saya lakukan selepas ini. Memang mahukan anak, tapi saya tak pasti sama ada itu adalah langkah yang betul untuk saya buat masa ini kerana masih banyak perkara yang saya mahu capai dalam kerjaya seni saya sebelum ia menjadi perlahan," katanya ditemui di lokasi penggambaran siri original Viu W: Two World di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi di sini, hari ini.
Elizabeth kelihatan seperti berada di dalam dilema dan tertekan memikirkan perkara ini sehingga mengalirkan air mata. Tambahan pula, perkara ini perlu diperhalusi sebaiknya memandangkan ibunya juga sudah berusia. "Saya cuma berharap semuanya akan berjalan dengan baik. Saya sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar membantu suami mencari pendapatan untuk menanggung keperluan keluarga. "Saya perlu berlaku jujur, suami saya hanya seorang houseman (doktor pelatih) yang mana pendapatannya tidaklah terlalu tinggi. "Jadi banyak komitmen seperti tanggungan ibu bapa, bayaran rumah, kereta yang perlu saya tanggung. Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa. "Sejujurnya saya tertekan. Tapi ya, saya memang mahukan anak. Saya berharap semuanya akan okey dan berjalan seperti yang dirancang Tuhan," katanya. Elizabeth atau atau nama sebenarnya, Tan Su Mei berkahwin dengan Siew Jim pada 20 Mac 2021 dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu. Sumber: Harian Metro |
Myeramie replied at 26-6-2023 02:47 PM
Bagi org cina xkaya kut kalau org melayu mmg dh rase kaya.byk sgt tanggungan lizzy.cina kan xsuke an ...
kikilalapooh replied at 30-6-2023 12:23 PM
sedih tgk dia nangis haritu dkt melodi dia nak sgt baby tapi dia takut income dia affected kalau ber ...
DeLuna85 replied at 26-6-2023 06:30 PM
Patut la suka pancing jantan melayu. Nak kekal relevan
putericahaya999 replied at 30-6-2023 01:31 PM
Bagus dia x flex laki keje doktor... siap kata x cukupan lg
ADVERTISEMENT