CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1889|Reply: 21

Lizzy Dilema Antara Kerjaya, Keluarga

[Copy link]
Post time 26-6-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Keutamaan terhadap karier seni membuatkan penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau Lizzy, 30, terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki cahaya mata pada tahun ini.


Elizabeth berkata, dia sebenarnya sudah merancang untuk hamil dan menimang cahaya mata pada tahun ini kerana usianya semakin meningkat.






"Saya sebenarnya amat inginkan anak lebih-lebih lagi pada usia sekarang yang bakal menginjak 30 tahun. Tapi saya khuatir tak dapat bekerja untuk tempoh lama, selain tawaran lakonan yang mana mungkin berubah selepas bergelar seorang ibu nanti.


"Tak pastilah apa yang patut saya lakukan selepas ini. Memang mahukan anak, tapi saya tak pasti sama ada itu adalah langkah yang betul untuk saya buat masa ini kerana masih banyak perkara yang saya mahu capai dalam kerjaya seni saya sebelum ia menjadi perlahan," katanya ditemui di lokasi penggambaran siri original Viu W: Two World di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi di sini, hari ini.


Elizabeth kelihatan seperti berada di dalam dilema dan tertekan memikirkan perkara ini sehingga mengalirkan air mata.


Tambahan pula, perkara ini perlu diperhalusi sebaiknya memandangkan ibunya juga sudah berusia.


"Saya cuma berharap semuanya akan berjalan dengan baik. Saya sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar membantu suami mencari pendapatan untuk menanggung keperluan keluarga.


"Saya perlu berlaku jujur, suami saya hanya seorang houseman (doktor pelatih) yang mana pendapatannya tidaklah terlalu tinggi.


"Jadi banyak komitmen seperti tanggungan ibu bapa, bayaran rumah, kereta yang perlu saya tanggung. Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa.


"Sejujurnya saya tertekan. Tapi ya, saya memang mahukan anak. Saya berharap semuanya akan okey dan berjalan seperti yang dirancang Tuhan," katanya.


Elizabeth atau atau nama sebenarnya, Tan Su Mei berkahwin dengan Siew Jim pada 20 Mac 2021 dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 05:46 PM | Show all posts
beranak lewat pun takpe nyah asalkan pastikan setahun sebelum due date menopos...

sah2 kalau ragu2 nak ada anak tu maknanya belum bersedia lagi...

tunggu je lah sampai dah stabil semua...

jangan dok dengar cakap acik2 yang sibuk dengan adik beradik orang takde anak lagi...
padahal anak sendiri pun serupa siluman ular jah... besar2 jadi mat rempit...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna ibu tumpang jer dik lizzy
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo hubby keje houseman doktor pn die kate xckup, rakyat marhaen lg la.. doktor lama2 masyuk tp padan ngn schedule ler
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la suka pancing jantan melayu. Nak kekal relevan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dia dh 30lebih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi doktor tak kaya, tapi hidup selesa. Kalau nak kaya businessman je timbang kilo pun boleh kaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi org cina xkaya kut kalau org melayu mmg dh rase kaya.byk sgt tanggungan lizzy.cina kan xsuke anak rmai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 09:58 AM | Show all posts
Myeramie replied at 26-6-2023 02:47 PM
Bagi org cina xkaya kut kalau org melayu mmg dh rase kaya.byk sgt tanggungan lizzy.cina kan xsuke an ...

Opis iolls ramai cina2 tua yg dah 70 tahun pon still kerja. Kerja sbb sibuk takut harta tak cukup utk bagi anak2 & adik beradik. Anak plak dah tua bangka pon mak pak cina sibuk pikir nak buat loan belikan kereta. Apa daa..

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
buat jeleeeee
ko pun makin lama makin redup sinarnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 12:23 PM | Show all posts
Edited by kikilalapooh at 30-6-2023 12:25 PM

sedih tgk dia nangis haritu dkt melodi dia nak sgt baby tapi dia takut income dia affected kalau bercuti lama sebab preggy. semua dia tanggung. mak ayah kereta rumah sebab dia kata suami dia houseman je... income tak banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Housemen sll 2 tahun.. Mcm lama benar laki dia Housemen ???? tp gaji housemen pun cecah 4-5k.. Mmg la x sama dgn jd artiste, tp unt rakyat marhaen gaji tu bg fresh graduate cukup byk tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama benor lakinya jadi housemen
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia x flex laki keje doktor... siap kata x cukupan lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kikilalapooh replied at 30-6-2023 12:23 PM
sedih tgk dia nangis haritu dkt melodi dia nak sgt baby tapi dia takut income dia affected kalau ber ...

Tp ritu kata takde kete...ke kete utk makpak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik...lakinye dari bila tu hosmen. Dlu punya cite lagi. Lizi ni patutnya carikla laki yg mampu tanggung dia aritu. Kn ramai je nak dia. Ni kawen cepat, dah tak popiler, dia pulak kne tanggung laki yg hosmen tak habis habis tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2023 01:39 PM | Show all posts
DeLuna85 replied at 26-6-2023 06:30 PM
Patut la suka pancing jantan melayu. Nak kekal relevan

that is so true.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu laki dia cuti kejap rasanya. Ni dah sambung balik la kot. Stress sgt kot sampai amik cuti
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm2 la ko ni
justfy itu ini nk ada ank pum
ada netijem kesah??
pminat llki mlayu gersang je kot yg kisah
#segalanyanetijharustahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 30-6-2023 01:31 PM
Bagus dia x flex laki keje doktor... siap kata x cukupan lg

Drpd mira basic, malua nk ckp kawen anak menteri pun x cukup lg kan sbb kampeni laki dia pun terkantoi x byr gaji n kwsp ms pkp tu
Tp mira nk kaver malu, maka cakap je la masoh lg meminati bidang seni bagai
Ingatkan kawen anak menteri bleh senang lenang...rupanya sengkek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.083596 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list